18 Jun 2009

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia

KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yb,saya x kan percaya apa pun berita yg dilaporkan utusan loya dan berita hairan(bkn berita harian) tntg statement tok guru...semua tu cuma nak biar pas berpecah belah dan ramai akan membenci tok guru...kecelakaan yg besar lah atas mereka atas apa yg mereka tulis

ismail,bp

LanaBulu berkata...

Kepada sesiapa yg menyebar fitnah tu moga cepat mohon maaf secara terbuka sebagaimana memfitnah pun dilakukan secara terbuka. Sebelum anda dilaknat se-isi alam dan sebelum jantung berhenti bergerak. Masih belum terlambat untuk bertaubat.

miezanz berkata...

utusan meloya mmg suka mainkan isu2 sentimen dan memutarbelitkan berita untuk kepentingan pendokong mereka.... TAKBIRRRR

kangkalikong berkata...

utusan meloya kerja dia menghasut,memutarbelit,lidah bercabang,angkuh dan bongkak dlm melaporkan berita.tak perlu layan org gila yang memang gila nanti kita yang gila terutama awang selamat yang bodoh sombong..

P/S: utusan meloya penyebar fikiran BN.

Tanpa Nama berkata...

mmg utusan nie meloyakan btl la,mgkuk punye utusan x abis2 nk fitnah org..

anakbugis berkata...

Selagi UMNo berkuasa, selagi itu Utusan bermaharajalela.. musnahkan UMNo dan musnahlah Utusan..

Tanpa Nama berkata...

utusan meloya, biasalah..... takleh nak cakap apa.., memang putar belit tu termasuk dalam polisi dan dasar2 syarikat.., nak buat macamana....

Tanpa Nama berkata...

saya doa kan pas tidak akan diganggu oleh niat jahat umno....saya syang kan parti pas dari saya kecil lagi...

Tanpa Nama berkata...

yang suruh nasa join umno tu pun fitnah gak ke? kat mlesia kini pun kluar gak??

unthostress berkata...

assalamualaikum YB,
tolong perjelaskan pada kami jika YB dapat info mengenai gesaan Tuan Guru Nik Aziz kepada nasharuddin mat isa... adakah ia benar?

unthostress berkata...

Assalaualaikum..
Minta Yb bagi ulasan, jika YB ada info mengenai gesaan yang dibuat oleh Tn Guru Nik Aziz terhadap Ust. Nasharuddin Mat isa.. adakah ia benar atau semata-mata propaganda media

Tanpa Nama berkata...

Saya amat gembira bila mendengar Tuan Guru akan menggambil tindakan undang undang terhadap Utusan. Memamang sudah sampai masanya Tuan berbuat demikian.
Salam buat semua

nur mohd nidzam berkata...

Bravo Tok Guru bravo.Umno lovers must join umno that's the only logic.The rakyat have high hopes for PAS to replace umno as the leading party in the nation and these guys want to join them.The people voted for PAS thinking it was a better party than UMNO and now tese guys want pas to become UMNO.
Please leave PAS alone and join UMNO and see if you can win your seats at the next GE.

ubatkuat berkata...

kalau disingkap sejarah awalnya,,utusan melayu adalah nadi bangsa melayu itu sendiri,,didokongi oleh wartawan dan nama pena yg tersohor seantero nusantara,,namun amat malang sekali setelah ditekan didesak dan diseliputi oleh nafsu pemerintah yg beraja di mata dan bersultan dihati,jadilah ia sekarang ni perosak pemikiran bangsa melayu sendiri,,sedih atas ape yg terjadi

yes berkata...

ADA YANG TAK KENA DENGAN Perakdaily.com. BILA SAYA BUKA PETANG LAIN YANG KELUAR. HARAP BERI PERTOLONGAN KEPADA PENGIKUT LAMAN ITU. RASANYA SATU SABOTAGE

mi berkata...

woi ubatkuat, sudah2le tipu melayu. hang tak dak keja lain ke.kesian betol. tahula zaman meleset lani. dapat berapa sen umno kasi kat kau.

Tanpa Nama berkata...

bagus la bagi yang tidak percaya,tapi bagi yang percaya lagi lah diputar belitkan oleh ahli sendiri,macam-macam duk kate tok guru.percaya la klu kite sayangkan pas tok guru lebih-lebih lagi la sayangkan pas...

Baei berkata...

Manik Urai penting bagi UMNO/BN, mereka akan guna apa saja untuk memancing undi orang Melayu. mereka hendak pancing pengundi atas pagar dan ahli PAS. Yang penting mereka mahu wujudkan komplik dalam PAS. Jadi sebagai pemimpin PAS, jaga ucapan dan kenyataan agar tidak diputarbelitkan. Takpayah gaduh pasal kerajaan perpaduan. Lepas piliharaya, boleh buka forum semula.

Tanpa Nama berkata...

A'ah utusan memg tak betul. harakah je yang bagus utk kita. utusan tak ada etika beza dengan harakah semua beretika.ish dosa lak fitnah.senang dua-dua surat khabar tak ada etika.sokong pemimpin masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

bukan utusan malaysiala...umno mereng baru kene

mat sabung berkata...

MSO + KICKDEFELLA

dua2 ni cari make ngn blog jah, sorang mulut celupar n sorg lg khadam HUSAM jah..

Tanpa Nama berkata...

tulaa.... ingat kan dah diblog, atau dah ditukar kelaman lain...mungkin kena sabotage x

Tanpa Nama berkata...

aku nk cri spe kepala yg bt fitnah ni?!!
ak dpat die tu aku bling dlm sungai perak...

aku sokong nik aziz spe yg menyokong krajaan perpaduan die tu boneka UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

Dah tau utusan tu tak bolih percaya,dok baca dan percaya buat apa????pastu pakat dok pening kepala..jgan siksa minda,baca quraan pasti hati tenang..

Tanpa Nama berkata...

semoga reporter dan editor utusan meloya diberi petunjuk didunia sebelum kembali kepada Ilahi.

hamdan al-kandahlawi berkata...

hangpa ni pelik la.terang2 tuk guru nik aziz bgtau,cakap cmtu masa ditemuramah-clear dan jelas dia bgtau,ada disiarkan di TV3 tadi.duk tanya lagi laporan tu betui ke tak.mamai ka

david ahmad muniandy berkata...

syarikat akhbar utusan malaysia adalah sebuah syarikat billionaire duit paling banyak jadi akhbar utusan paling suka bayar saman dekat orang kerana duit tak tahu nak buang dekat mana sebab sudah biasa dengan keadaan begitu, kerana sudah lali seperti kena suntik ubat pelali.

kita lihat berapa ramai yb samankan dia contohnya DS Anwar.

cicitHJHASSANu berkata...

dah lamaaaaaaaaaaaaaaa dah!!

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah..

sebab tu la kita wajib boikot utusan UMNO..

KAH..KAH..

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

mi(427 AM) aku tak kesah DENGAN PANDANGAN HANG KAT AKU sebab hang dah keliru dengan kenyataan aku,,mi ,, aku bersumpah dgn nama ALLAH ,,AKU TAK AKAN LACURKAN DIRI AKU DENGAN UMNO LAKNATULLAH,,,AKU JUGA BERSUMPAH KETURUNAN AKU PAS NI BUKAN PENYOKONG UMNO SAMPAI KIAMAT,,AKU TAK TUNTUT HANG KENA MINTA MAAF DENGAN AKU,,SEBALIKNYA AKU RELA BERKATA AKU NAK MINTA MAAF KEPADA PENDOKONG PR JIKA ULASAN AKU BERBAU SIMPATI KAT UMNO LAKNATULLAH,,,OK MI, AKU TAK ADA AGENDA TERSEMBUNYI,,HANYA MENGUNGKAP KEMBALI BETAPA BERANINYA PADA AWAL KELAHIRAN AKHBAR INI MENYANGGAH PEMBODEK PENJAJAH UTK MENGENYANGKAN TEMBOLOK MEREKA SAHAJA,,AKU BACA SEJARAH MI,,AKU NAK HAMPA MENGENALI TOKOH AKHBAR NI SEPERTI ARWAH RAHIM KAJAI DAN PAK SAKO(SEKADAR BEBERAPA NAMA)SEBELUM DI ROGOL OLEH TALIBARUT PENJAJAH DAN MENJADI LIDAH RASMI UMNO....SEIAPA SAJA BOLEH PERBETULAKN FAKTA AKU NI JIKA IANYA SALAH,,AKU BENAR2 IKHLAS MI YG AKU BUKAN TALIBARUT UMNO LAKNATULLAH!!!

TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

WASSALAM