22 September 2010

AZMIN DAN EZAM, SIAPA NAIK SECARA TERHORMAT?

12 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

YB AZMIN setakat ini telah mendahului pencalunan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR melebihi 30 pencalonan. Walau bagaimanapun, masih banyak cabang PKR yang masih belum diketahui pencalonan mereka bagi kerusi No. 2 tersebut.

Namun, keyakinan ramai pihak bahawa YB azmin akan terus diberi pilihan untuk berganding bahu dengan DS Wan Azizah selaku Presiden parti.

Ezam Mohd Noor yang digelar `raja sesumpah' turut menaruh keyakinannya bahawa YB Azmin akan dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR. .

Di dalam laporan berita malam tadi, bekas Ketua AMK itu mengulas tentang pencalonan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR. Beliau seperti biasa tidak akan lekang menyebut darihal DS Anwar mahupun DS Wan Azizah.

Beliau seperti sudah menjangka YB Azmin pasti dipilih oleh ahli-ahli PKR sebagai Timbalan Presiden PKR atas alasan kununnya MP Gombak tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan DS Anwar.

Ezam sebenarnya mungkin tidak tahu bahawa pemilihan kali ini tidak sama seperti pemilihan sewaktu beliau berada di dalam PKR dahulu.

Pemilihan kali ini juga jauh berbeza dari pemilihan yang diamalkan oleh Umno berkurun lamanya. PKR satu-satunya parti yang berani mengamalkan demokrasi sebenar apabila menyerahkan keputusan memilih pemimpin kepada setiap satu kepala yang menyertai parti itu.

Justeru itu, tidak timbul soal kemenangan seseorang calon itu adalah kerana seseorang atau pengaruh sesiapa. Bukan juga seperti Ezam yang tidak pernah bertanding pilihanraya atas nama Umno, tiada jawatan di dalam Umno, baru menyertai Umno tetapi dilantik sebagai Senator. Atas dasar apa? Beliau tidak dipilih oleh ahli-ahli Umno pun.

Maka, Ezam seharusnya malu untuk memberi ulasan terhadap YB Azmin bekas sahabatnya dahulu. YB Azmin dipilih sebagai Wakil Rakyat melalui pilihanraya, dipilih menjadi Naib Presiden PKR jawatannya sekarang ini pun melalui pemilihan parti dan kini beliau masih dicalonkan oleh ahli-ahli parti untuk jawatan yang lebih tinggi.

Ahli-ahli PKR sendiri yang bakal menentukan jatuh bangunnya YB Azmin, begitu juga dengan lain-lain pemimpin. Ternyata pandangan dan komen Ezam jauh terpesong dan ini menunjukkan ada sedikit rasa `cemburu' atau `iti hati' raja sesumpah ini di atas kecemerlangan YB Azmin di dalam kerjaya politiknya.

Andainya demokrasi yang selama ini hebat diperjuangkan oleh Ezam, maka kita dapat lihat siapakah di antara YB Azmin dengan Ezam ini yang dinaikkan mengikut demokrasi sebenar. Jika Ezam merasa menyesal kerana meninggalkan PKR, beliau memang patut boleh menyesal.

Ini adalah kerana hampir kesemua rakan-rakannya dahulu yang berada di dalam PKR kini berjaya. Ezam saya anggap masih tidak berjaya di dalam Umno kerana beliau dinaikkan secara `manja' sekali. Melucukan apabila terdapat ahli-ahli Umno yang menggelarnya sebagai `Pendekar' sedangkan `Pendekar' ini mendapat jawatan secara `percuma'.

4 ulasan:

JURAGAN berkata...

SAMPAH SARAP YNG TELAH DIBUANG OLIH PKR..LALU DIAMBIK OLEH UMNO..INILAH SPESIS YG X TAHU MALU..DULU BELIAU YG PALING LANTANG HENTAM UMNO..KASET CERAMAHNYA MASIH TERSIMPAN DLM SIMPANAN SAYA...INIKAH JENIS SPESIS YG PERLU KITA UNDI NANTI?..

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ berkata...

Raja sesumpah senatak dan meroyan lagi........

Tanpa Nama berkata...

Ezam boleh bla... jgn diterima org2 munafik. Zaman nabi dulu bunuh je kaum munafik ni.

anti united malay nut orgi berkata...

Buat Saudara Azmin anda mmg sepatutnya berada pada kerusi no2 kerana pengorbanan anda selama ini tidak semua org mampu menhadapi cabaran seperti yg anda alami,di malukan di herdik dihina dan sebagainya perjuagan anda adalah terlalu mahal utk di bayar dgn wang kerana wang bukanlah keutamaan di dalam perjuangan anda,dan saya berbangga dgn anda teruskan perjuangan tegakkan kebenaran kerana kebenaran itu adalah sesuatu yg haq dan haq itu adalah hak allah juga hak manusia sejagat tanpa mengira bangsa serta agama.
Bagi saya raja sesumpah ni bukan sebarang sesunmpah dan dia xkan jadi sesumpah jika tiada ada seseorg yg mau dia jadi sesumpah tahniah kepada umno kerana menerima sesumpah yg menjadi sumpahan di dalam diam juga memporak perandakan Umno dari dalam tahniah raja sesumpah kalau ada sepuluh org seperti anda pasti tumbang Umno kerana keberantakan marahkan pemimpin kamu yg suka pada sesumpah.tahniah la yek.Kepada Ezam teruskan sesumpah anda kerana sesumpah anda jugalah berjaya membuatkan org umno juga bukan umno macam saya nyampah dgn parti busuk seperti United Malays Nuts Orgi (UMNO) kah kah kah.