19 Mac 2012

Kelab penyokong Yob, Kijang bersatu lancar kempen anti keganasan penyokong

26 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PRESIDEN Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman berkata, kempen anti keganasan penyokong bersama Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan diadakan sebelum pertemuan Seladang dan The Red Warriors di Ipoh, kelmarin.

Jamil berkata, program julung kali dianjurkan itu mendapat reaksi positif di samping merapatkan ukhwah antara penyokong negara ini.

“Selepas tamat perlawanan, tiada keganasan antara penyokong berlaku. Jika ada pun, hanya membabitkan segelintir pihak tertentu.

“KPBP juga mengalukan-alukan daripada pihak penyokong lain mengadakan kempen sebegini untuk perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamil menggesa anak didik Norizan Bakar segera bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Kelantan di gelanggang sendiri.

Katanya, beberapa aspek teknikal perlu diperbetulkan segera sekali gus meletakkan kembali skuad Kejor Yob Kejor di landasan kemenangan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: