11 July 2013

Subuh berdarah, Ikhwan pula dituduh dalang

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,11 Jul 2013
MESIR: Pejabat Pendakwaan Negara Mesir mengeluarkan waran tangkap terhadap sembilan individu termasuk pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin atas dakwaan bersubahat dan manjadi dalang dalam tragedi  "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu.


Mengetuai senarai orang yang dikehendaki itu ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr.Mohammed Bad'ie (gambar).



Selain beliau lapan lagi adalah Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. 'Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman 'Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), 'Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), 'Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan).




Dalam kejadian di hadapan Bangunan Pengawal Republik kelmarin, lebih 50 penyokong Morsi yang berkampung dihadapan bangunan itu terbunuh didakwa ditembak oleh pasukan tentera Mesir yang cuba meleraikan peserta himpunan.


(Gambar para penyokong yang terkorban dalam kejadian Subuh berdarah dua hari lalu)

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.


Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad sebelum ini berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.



"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.



"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.



Apa yang menimbulkan persoalan, banyak saksi dan bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan bahawa tentera menembak tepat ke arah peserta himpunan menggunakan peluru hidup, namun kini yang dituduh dalang adalah pemimpin Ikhwan.



Arahan untuk menahan pemimpin Ikwan ini sekaligus akan membuka episod baru situasi di Mesir.



Ditembak ketika rakam aksi tentera



Sementara itu, aksi tentera menambak penyokong Morsi yang berhimpun sempat dirakam seorang jurukamera Mesir.



Beliau, Ahmed Samir Assem, 26, dari surat kabar Al-Horia Wa Al-Adala juga meninggal dunia ditembak tentera ketika sedang merakam aksi tentera tersebut.



Beliau ditembak oleh tentera penembak tepat dari atas bumbung sebuah bangunan selepas melihat aksinya dirakam Assem.



Dalam rakamannya yang diperolehi selepas itu menyaksikan snipers tersebutmelepaskan tembakan beberapa kali ke arah para penyokong Morsi



Kemudian tiba-tiba, senapang tentera itu mengarah tepat ke lensa kamera Assem. Beberapa saat kemudian, rakaman kamera berakhir selepas Assem ditembak.


[VIDEO] rakaman oleh Assem

No comments: