27 Februari 2009

Kembalilah Kepada Islam 1

Kemelut kehidupan hari demi hari semakin kritis dan mengusarkan kita. Sejauh mata memandang seolah sebanyak itulah permasaalahan yang mendepani umat seluruhnya. Pelbagai teori dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya tetapi nampaknya melalui jalan buntu.

Lebih awal sejak 1400 tahun yang lampau telah tercatat dan sampai hari ini tidak padam walau ada usaha untuk memadamkannya, atau menyelewengkanya. Iaitu Firman Allah SWT "...jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul , jika sekiranya kamu beriman sesungguhnya kepada Allah dan hari akhirat...". inilah sebetulnya yang menjadi galanganti kepada perjuangan Islam dari zaman permulaan Islam sehinggalah kepada perjuangan Islam dibumi Malaysia yang tercinta ini.

Persoalannya ada segolongan umat manusia yang masih berdegil dengan ajakan firman Allah dan Sabda Rasulullah bermaksud " aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang teguh kepadanya iaitu kitab Al Quran dan sunnahku".

Manusia lebih cinta perjuangan yang menghasilkan hatijah yang cepat, kekayaan, kesenangan,pangkat, kedudukan, kebendaan, kuasa, dan yang selayaknya untuk memuaskan hawa nafsu memang menjadi matlamat hidup mereka . Sedangkan Allah menjanjikan pelbagai pangkat , kedudukan, dan segala-galanya yang melebihi yang diperoleh didunia, malah tidak ada tolak dan banding, kekal dan abadi. yakni SYURGA Nya.

Pastinya dunia yang dicecapi dan digemgam akan berakhir dengan suatu kesudahan sebagaimana firman Alllah " setiap yang hidup akan menghadapi mati". Siapa pun dia asalkan makhluk akan musnah, sedangkan nabi yang lebih besar peranannya pun diwafatkan oleh Allah SWT. Siapakah kita yang serba kerdil, apalagi hendak mendabik dada...pasti kita akan menemuai ajalnya.

Demikianlah hebatnya Islam, dan adilnya Allah SWT. Pasti kita tidak di zalimi Nya. JanjiNya jelas dan pasti.Terang dan jelas apakah natijah dari kedegilan kita kalau tidak mahu kembali kepada Islam, Allah malah mengutus Rasul untuk menghuraikan Al Quran, menjadi contoh tauladan terbaik kepada manusia. Namun yang degil dan tolol adalah kita sendiri. Lubang didunia yang digali di mana-mana pasti kita mengelak bila bertemunya semasa memandu kenderaan. Tetapi kita sedang melakukan kerja untuk masuk kedalam lubang yang lebih bahaya dari lubang dunia yakni "NERAKA" Allah SWT. Ruginya kita.

Kembalilah kepada Islam, cintailah Islam, Sayangilah Islam, Beramallah dengan Islam, Lakukan sesuatu yang termampu untuk memenangkan Islam.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya rasa sungguh terharu dengan keyakinan dan perjuangan saudara dalam islam melebihi org melayu islam. Teruskan perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

Islam membawa rahmat. Hanya Islam yang mampu menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat, dan bukannya bangsa, warna kulit, kekayaan mahupun parti.
Membaca buku 'Kemuncup dalam Perjuangan' amat menyedihkan sekali - betapa Tuan Guru Mursyidul Am seolah-olah keseorangan dalam pendiriannya menentang 'muzakarah'. Lebih menyedihkan apabila kita perlu menerima hakikat bahawa ada individu di kalangan pimpinan tertinggi parti yang bertindak membelakangi organisasi dan tidak berpegang kepada prinsip Islam yang sejati (kalau tidak masakan Hj Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan Pusat pun tidak tahu-menahu perkara sebenar seperti yang dinyatakan dalam surat terbukannya itu?).
Dalam menghadapi kemelut krisis di negeri Perak, DS Hj Nizar nampak berwibawa - wajah DS sentiasa berseri menampakkan keikhlasan dan ketenangan (insyaAllah). Tetapi berlainan halnya dengan pimpinan PAS Perak yang lain. Tidak hairanlah jika mereka ini pernah mempertimbangkan 'join' dengan UMNO sedangkan kita sudah pun menang dalam pilihanraya, kerana dalam keadaan kini kita diuji begitu hebat pun, masih berkelakuan keras hati dan busuk hati sesama jemaah. Yang sudah kaya, semakin kaya kerana dapat balak tapi adakah lembut hati? Adakah bersimpati sesama jemaah? Adakah semakin komited dengan Islam?
Saya memang benci dengan kelakuan orang UMNO tapi kelakuan buruk mereka berpunca daripada kejahilan. Tetapi saya lebih benci dengan musuh dalam selimut, yang berpendidikan Islam tapi masih tetap berusaha meneyelewengkan pimpinan dan ahli PAS dari landasan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Allah tdak memandang seorang itu pd rupa/bangsanya,keturunan, pangkatnya,dan kekayaan,tetapi ketaqwaan itu yg lebih utama disisi Allah swt...aku dah 44 tahun islam...nampak sangat ketggalan...kepada sedara yg 22thn memeluk islam...segan betul teman

Tanpa Nama berkata...

Drs,Thanks for sharing.A good tazkirah. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

anonim pukul 21:10,
muzakarah tu joint ke? awak belajar kat mana?
hamas boleh buat dialog dgn fatah, tp kenapa pas tidak boleh?

sebagai pejuang islam, minda kena ligat berfikir, jgn menidakkan kemungkinan2 lain. hati manusia ni ALLAH yg pegang.

pernahkah encik anonim 21:10 dgr penjelasan mereka2 yg cenderung utk joint umno? adakah benar mereka kemarukkan kuasa atau mereka fikir ini adalah cara selamat demi islam atau kemungkinan2 lain lagi? ingat hanya ALLAH yg tahu isi hati orang, bukan anda, encik anonim 21:10.

kenapa hal ini disenyapkan? tengoklah keadaan sekarang, bila hal ini heboh, sampai skrg anonim 21:10 mengungkit2nya. malah membuat tuduhan liar!!!

utk pengetahuan anda, sy cenderung muzakarah tp sy bantah joint umno!.

Tanpa Nama berkata...

Excuse me,
"tuduhan liar", kalau sesuatu itu tiada berasas. Pandangan berasaskan buku yang dikeluarkan oleh jemaah - ada asas!
Manusia berhak punyai kecenderungan dan pendapat, berhak menganalisa dan memandang ke belakang pada sejarah (sama ada sejarah parti mahu pun sirrah). Jatuhnya pemerintahan khulafa rasyidin adalah kerana perbuatan musuh dalam selimut bukan musuh dari luar.
Perkara yang lalu tidak sepatutnya dilupakan begitu sahaja tetapi harus direnungi supaya kesilapan tidak diulang. Persoalan perlu dibangkitkan supaya susulan lebih terancang. Contoh: Kenapa PAS Terengganu tidak mampu mempertahankan kemenangan sedangkan PAS Kelantan mampu? Pertolongan Allah pun pasti bersebab bukan?
Semua ahli PAS yang cintakan jemaahnya berhak meluahkan kebimbangan, keresahan, perasaan dan pendapat. Itulah tandanya kasih.
Saya rasa tak perlu sesiapa pun 'sensitif'... melainkan mungkin yang terlebih makan cili. Tentu pedasnya terasa!

Tanpa Nama berkata...

Hmm, dailog yang menarik dan tercetus dari rasa kasih.
Teringat saya kepada ceramah DS Hj Nizar tidak berapa lama dahulu... Beliau mengibaratkan situasi yang kadangkala berlaku antara dirinya dan rakan-rakan exco seperti keadaan anak-anaknya (yang lahir dari sepasang ibu-bapa yang sama)- bercakar-bergigit, bercakar- bergigit! Tapi semuanya adalah dengan kasih dan demi kebenaran.
Dalam keadaan kita menghadapi krisis di Perak, saya rasa semua ahli dan penyokong PAS boleh menulis kata-kata sokongan dan pujian. Ini baik untuk memulihkan semangat dan memujuk kesedihan. Sebagai manusia, kita semua memerlukan sokongan di masa kita tertekan.
Pada masa yang sama, keseimbangan (balance) juga baik untuk manusia. Dalam begitu banyak kata sokongan dan pujian, biarlah ada juga kata kritikan. Biarlah ada peringatan yang kita hanya manusia yang tidak mungkin sunyi dari kesilapan. Biarlah peringatan-peringatan ini membuat kita bertanya: Adakah aku tersilap? Adakah ujian ini untuk menaikkan darjat sebagai manusia atau balasan kerana dosa? Adakah ini bayaran tunai kepada dosa yang lalu?
Teruskan dengan luahan-luahan yang ikhlas. Biar dalam kesibukan kita memerangi kemungkaran, kita tidak lupa memeriksa ke dalam diri kita sendiri, memeriksa tindak-tanduk kita sendiri, sama ada sebagai individu mahupun sebagai parti dan jemaah.

Tanpa Nama berkata...

InsyaALLAH...
selagi hayat dikandung badan ISLAM tetap kami perjuangkan!!!
Jazakallah kepada YB atas tazkirah di atas!

Tanpa Nama berkata...

encik excuse me,
tuduhan liar yg sy maksudkan adalah berkenaan niat. misalnya bapa saya ingin pas bergabung dgn umno seketika, tp niatnya bukanlah nak pemimpin favourite dia jadi pemimpin, tp demi kepentingan islam kerana bagi dia itu jalan selamat. adakah bapa saya ni gila kuasa? favouritsm? kemaruk nak pas memerintah?

tuduhan liar yg sy maksudkan yg dibuat oleh pihak2 seperti anda adalah sesetengah kelompok yg cenderung utk bergabung dgn umno konfirm punya mesti gila pangkat? betulkah tuduhan anda ini? bukankah ini tuduhan liar?

terengganu baru satu penggal pegang dah jatuh, kelantan pula dapat mempertahankan kedudukan pada 2004? encik excuse me lupake yg pas yg ketika itu sudah lebih sedekad memerintah kelantan, tp pada 2004, pas hanya menang dgn majoriti satu kerusi?

entah siapa yg makan cili, tp saya rasa encik excuse me ni banyak makan benda masam, itu pasal jadi pelupa?

fakta beb fakta...

encik excuse me ni nak pas menang, umno terguling2 atau nak islam yg menang?
kalau lebih ke arah nak pas menang atau umno terguling2, kena muhasabah diri kita , mungkin ini sebabnya ALLAH tidak memberikan kita kemenangan lebih besar!!!!

Tanpa Nama berkata...

Errr...excuse me again.
Ada sesiapa yang sebut tentang gila pangkat di sini, selain daripada awak?
Fakta: walaupun majoriti satu kerusi, menang tetap menang. Dan jika kita ingin muhasabah kenapa majoriti menurun, baguslah. Muhasabah, post mortem, berhujah dan berdebat TAPI tiada individu yang berhak bertindak sendiri dan menyatakan bahawa tindakannya adalah tindakan PAS, sedangkan pihak 'decision makers' tidak tahu tentangnya. Tindakan adalah sesuatu yang zahir dan boleh dinilai kerana ia zahir. Dan yang diperkatakan di sini ialah TINDAKAN, bukan niat.

Tanpa Nama berkata...

in the end of the day, kemenangan luaran ke yg dikira? pejuang islam ke mcm ni? ke pejuang menggulingkan umno semata2?

pihak decision maker dlm pas adalah majlis syura. majlis syura tahu, kenapa pula encik kata tidak tahu? yb mahfuz omar yg kata tak tahu tu decision maker ke?

sebut pasal tindakan. adakah salah tindakan bermuzakarah dgn umno atau mana2 parti sekalipun?

btw, perjuangan pas terkunci hanya dekat bekerjasama dgn pr saja ke? takde alternatif lain? kalau gitu beku perjuangan pas lerrrr....

karpal singh tempoh hari pernah kata bahawa dia dan ramai lagi top gun dap tak pernah setuju dgn hudud. dan dr wahbah zuhaily pernah berkata pas perlu bentuk kekuatan sendiri.

apapun, kata anti utusan, tp sedikit sbyk percaya gak encik ni dgn dakyah2 utusan.

ingat le sedara. perjuangan dlm pr ni hanya salah satu dari kaedah perjuangan, bukan satu2 kaedah perjuangan.

walaupun aku ungkit kisah kelantan dan terengganu, itu hanya sebagai satu hujah sj bagi org yg suka tuding2 jari ni.

bagi aku, majoriti turun takpe, jgn semangat perjuangan islam yg menurun dan digantikan pula semangat kemenangan apa yg kita sokong .... nanti jadi mcm tgk bola pulak. team kita main busuk pun takpe, janji menang.....

salam