17 Mac 2008

Usaha akhir Idris dan Shahidan untuk jadi MB

Kemelut mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar Terengganu dan Pelis masih belum berakhir. Sedangkan Untuk negeri Perak, pihak Istana telah memaklumkan mengenai upucara mengangkat sumpah Menteri besar yang akan diadakan esok.



Hari ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Idris Jusoh mendapat sokongan padu daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu.Sebanyak 22 daripada 23 ADUN daripada parti itu menyokong Idris dengan menandatangani surat sokongan berhubung perkara itu dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam.

Hanya seorang ADUN BN tidak menyatakan sokongan terhadap Idris untuk terus memimpin negeri ini.

Sementara itu Shahidan Kassim hari ini mengadakan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, dipercayai berhubung pergolakan dalam pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis. Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media apabila pemandu kenderaannya memecut laju sebaik sahaja kenderaan itu dihampiri oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, bagi mendapatkan ulasan.

1 ulasan:

Lapa berkata...

anda é muito cedo. bom dia!

de Portugal