02 Mei 2008

Jangan meminta jawatan

“Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan mengangkat seseorang memegang suatu jawatan kerana ia memintanya atau rakus terhadapnya” (HR. Bukhari dan Muslim).

Sabda Nabi tersebut sering tidak dipedulikan oleh kebanyakan orang muslim di zaman ini. Pastinya kebanyakan orang memintanya dengan berbagai cara, meskipun kemampuannya jauh dari cukup untuk memegang jawatan tersebut. Mengapa demikian sikap melampau sebahagian kita melanggar suatu larangan Rasulullah SAW itu?


Umumnya difahami bahwa jawatan adalah “kendaraan” untuk mencari berbagai kemewahan dunia bagi diri sendiri dan kelompoknya. Antara lain, untuk mencari kemewahan harta benda, kebangaan, dan lain-lain. Dengan kata lain, ketika hasrat untuk mencari kemewahan dunia sudah begitu meluap-luap, kita menjadi lupa diri. Kita lupa bahwa diri kita adalah seorang muslim yang memiliki batas-batas dalam bertindak, seperti larangan meminta jabatan.

Berbeza dengan Nabi Yusuf di masanya, beliau meminta jawatan di Mesir pada waktu itu kerana ingin menyelamatkan orang ramai dan negaranya. Beliau juga pandai melaksanakan amanah dan memiliki keahlian yang tinggi di bidang itu. Terbukti sesudah itu, Mesir mampu mengatasi krisis bahan makanan selama bertahun-tahun.

Sebaliknya di negeri kita lain pula keadaannya, pemegang jawatan adalah sebahagian dari penyebab berlakunya masaalah dan krisis. Terbukti kebanyakan mereka adalah yang menjadi "serigala" yang amat ganas dengan menganggap jawatan adalah peluang untuk mengayakan diri sendiri dan orang disekeliling. Maka berlakulah penyeleweng, rasuah, pilih kasih, penindasan dan sebagainya.

2 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

YB,
Dahlah meminta , menyogokkan rasuah pula utk mendapatkannya sesuatu jawatan.

Utk memenangi pilihanraya menipu pula , berbohong pula , gunakan hantu pula utk mengundi .

Astagfirullah.

hj sahri kg kedah berkata...

Assala mualaikum. Meminta jawatan perlu dilihat dari beberapa kepentingan dan niat seseorang. Jika niat hendak mencari kekayaan dunia saya pasti bukan PAS tempatnya! Jika niat untuk mencari nama pula , ya ,tak salah ,harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama (pastinya hajat kita biarlah mati dengan nama yg baik dan dgn kalimah suci kita).

Melihat kepada saf kepimpinan PAS Kawasan Parit Buntar, jujur saya katakan , ia masih memerlukan kerjasama, pertolongan, buah fikiran dan perkongsian pengalaman dari pelbagai pihak yg lain. Kita tidak seharusnya mengekang kehadiran mereka , yg secara tulus ikhlas ingin membantu PAS agar bukan saja kekal bertahan di DUN ini tetapi juga kekal selama lamanya .

Lihat saja apa yg berlaku kpd Dato Sri Nizar. Saya tak pasti adakah beliau mendapat nasihat yg betul dari pihak yg betul dlm menangani kes YDP Jabatan Agama. Saya bimbang kecetekan pengalaman beliau dalam pentadbiran menyebabkan ada musang berbulu ayam mengambil kesempatan dan sengaja memberi nasihat yg salah. Kita kena akui Dato seri tu baru , tiada pengalaman dalam pentabiran negeri dan hal ehwal protokol.Ia seharusnya dinasihati oleh SUK dan Pegawai undang undang negeri dan bukan dari SU Politiknya saja.

Mengambil iktibar dari peristiwa itu, PAS kawasan P Buntar juga haruslah membawa masuk seramai mungkin orang orang yg berpengalaman dari pelbagai bidang, misalnya bekas DO, bekas KADI bekas ahli akedemik , Pengetua dll.

Lihatlah isu mereka yg meminta jawatan ini dari sudut yg positif. Jangan membina tembok antara PAS dengan lain lain pihak yg meminta jawatan itu . Ada yg dgn ikhlas ingin membantu. Kita tak mahu melihat dan mendengar lagi PAS diperlekeh, diperhina kerana PAS tak sepatutnya dilabel begitu tetapi jika PAS tetap menutup pintu kpd bijakpandai lain , kerana bimbang tergugat kedudukan, maka ia akan menjadi saperti UMNO iaitu pentingkan diri dan kroni, menolak syura dan lebih dahsyat lagi merasa juah dgn kebolehan sendiri!Mahukah PAS kawasan dituduh begitu? Sudah pastinya tidak .

Doa saya agar PAS Kawasan PB mencerminkan diri, jika rasa dah segak ok. Jika belum ,PAS PB sewajarnya mengambil sikap positif isu ini (minta jawatan) dengan mengalu alukan sumbangan khidmat dari mereka yg ikhlas . Tapis dan pilihlah yg terbaik.

Lihat bagaimana barisan kepimpinan PAS bahgian di lain lain negeri . Mereka menerima Jurutera., akitek, Doktor, pengarah dll. Melihat barisan kepimpinan a PAS kawasan PB yg sedia ada , ia memang terbaik , namun ia belum cukop mantap dan Sekian, selamat berjuang di jalan Allah.