23 Ogos 2008

BPR dan Media diminta mohon maaf dalam tempoh 24 jam.

IPOH: Kerajaan Perak semalam memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf terbuka berikutan penyiaran laporan yang mencemarkan nama baik dua anggota Exconya yang dikaitkan dakwaan menerima rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata jika gagal kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang meminta ganti rugi daripada pihak terbabit yang membuat dan menyiarkan laporan berkenaan. Beliau berkata dua Exco yang disiasat BPR kerana disyaki menerima rasuah seks dan wang tunai lebih RM100,000 berkaitan projek perumahan RM180 juta itu juga tidak perlu meletak jawatan atau digantung tugas kerana mendakwa ia konspirasi politik.

Kedua-duanya, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO negeri, Kapten (B) Osman Mohd Jailu hadir pada mesyuarat Exco semalam dan terbabit secara aktif ketika proses membuat keputusan.

Kapten(B) Osman dalam sidang media disebelah petang mengulangi pendirian bahawa BPR dan media hendaklah memohon maaf kepada beliau dan seluruh akhli keluarganya yang dimalukan dengan berita yang disiarkan oleh media yang mengambarkan beliau telah bersalah. Katanya, kaitan berkenaan dengan tuduhan "sex" telah memalukan keluarganya bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura.

Beliau juga mempertikaikan laporan muha hadapan The Star yang meletakkan gambarnya bersama dengan Yb. Jamaluddin seolah-olah mereka dibawa bersama dimahkamah.

Pada siddang yang sama YB. jamaluddin juga mengatakan hari ini"saya jadi hero" pada hari ini. Beliau juga menuntuk pihak yang terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang sama.

Bahkan, katanya, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga bertitah supaya kerajaan negeri tetap teguh dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan ketika beliau memberi taklimat khas kepada baginda mengenai kes berkenaan kelmarin. Pada sidang akhbar semalam, Mohammad Nizar secara terbuka menamakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli sebagai orang yang bertanggungjawab kepada tohmahan berkenaan.

“(Dalam taklimat khas itu) Saya menyatakan dengan terang dan jelas apa yang berlaku. Saya menafikan apa-apa berita yang keluar dalam akhbar dan saya menyatakan kerajaan akan terus melaksanakan kerja harian kami. Itu saya laporkan kepada Tuanku. “Saya memberi penjelasan dan gambaran yang jelas apa yang berlaku.

Saya menafikan apa-apa berita negatif, tohmahan dan niat yang jahat di sebalik cerita yang mereka buat. Ini perbuatan mereka dengan niat memfitnah dan memburuk-burukkan YB Osman dan YB Jamaluddin dan memfitnah kerajaan negeri. “Oleh kerana Ogos adalah tarikh yang disebut oleh Tajol Rosli, kami menganggap mereka yang bertanggungjawab, sebab dia dah sebut,” katanya. Tajol Rosli bulan lalu menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang menjelang 31 Ogos ini tetapi tidak menyatakan punca kerajaan itu tumbang

Mohammad Nizar berkata, BPR juga mungkin bersekongkol dengan Tajol Rosli dan Umno untuk memerangkap kedua-dua Exco berkenaan kerana bertindak pantas selepas laporan serta mengeluarkan kenyataan media yang tidak benar.

Tiada ulasan: