27 Februari 2009

Ampun Tuanku : Tahniah tidak campur urusan politik di Selangor

BERIKUT ialah kenyataan penuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk Lela Bakti, Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Menteri Besar dan percaya bahawa ia dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Elizabeth Wong, baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

– Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Sultan Perak pun sama...

Unknown berkata...

AMPUN TUANKU, Keputusan tuanku telah sedikit sebanyak mrngangkat kembali martabat raja-raja melayu. Moga raja-raja lain pun tidak campur tangan dalam politik

Tanpa Nama berkata...

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!

Tanpa Nama berkata...

HAMBA SBG RAKYAT SEL, AKAN MENDOAKAN TUANKU SELAMAT DUNIA AKHIRAT SELAGI TUANKU BERTINDAK ADIL KEPADA SEMUA. TAHNIAH TUANKU !!!

Tanpa Nama berkata...

Pada 9 Mac 2008, selepas PRU-12, Baginda Sultan bertindak memanggil kesemua wakil rakyat kerajaan campuran (DAP, PKR dan PAS) ke Istana bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan wakil rakyat berkenaan untuk pembentukan kerajaan negeri.

Pada 5 Februari 2009, apabila kerajaan campuran Negeri Perak, kehilangan sokongan majoriti, Baginda menggunkan pendekatan proses yang sama untuk menubuhkan kerajaan yang kini diterajui oleh Barisan Nasional (BN). Ini melambangkan keadilan dan kebijaksanaan Baginda Sultan.

Tidaklah berasas untuk menuduh Sultan Perak bertindak berat sebelah dan dibayangi UMNO/Barisan Nasional seperti yang ditohmah dan diputar-belitkan oleh pihak pembangkang terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan penyokong-penyokong DAP, PKR dan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pecah tembelang.....wa...kalau macam tu cara nya nak tubuh kerajaan baru, mudah sangat la...aku pun boleh buat...rasuh, ugut dan sumbat mulut YB dengan duit banyak-banyak, lepas tu, YB kata sokong pulak...pergi cepat-cepat jumpa sultan, kata dah cukup korum...pas tu sultan pun kenankan la...amboi...ko ingat undang-undang tu kat bontot ko ke...agaknya sultan kini tidur kekenyangan tak....UMNO bukan kira siapa dia nak tala...sultan pun dalam kocek UMNO jer....tak berani pun angkat muka...UMNO genyit mata jer...gigillah lutut sultan.....poooooorrrrah....

Tanpa Nama berkata...

pecah tembelang,
sapa yang kata cukup korum?
sapa cikgu matematik hang ha?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, suatu tindakan yang baik oleh DYMM Sultan Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Masih tertanya tanya "Dimana Helmi Malek bersembunyi.Sukar dimengerti DDRM adalah diantara institusi kepolisian yg efisien.Punbegitu tersangka masih bebas" Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

salam pecah tembelang..hang p mengaji balik la wei

Tanpa Nama berkata...

lega rasa membaca berita ini kerana sultan selangor telah membuat satu keputusan yang bijak dengan tidak mencampuri urusan yang bukan dalam bidang kuasanya. Daulat Tuanku semuga Allah terus memberikan petunjuk yang benar kepada tuanku. Alangkah baik jika Tuanku Sultan Perak berbuat demikian juga, tetapi perak tetap perak takkan jadi emas.

Tanpa Nama berkata...

Ampun Tuanku! patik menghormati pandangan tuanku harap tuanku2 yang lain demikianlah juga adanya...