23 Februari 2009

Berita Minggu menghasut.

Akhbar-akhbar perdana harian sememangnya diketahui awam kepunyaan parti umno/bn. Berita dan kenyataan yang dicetak jelas mencerminkan kehendak dan suara pimpinan umno/bn.

Apabila kenyataan-kenyataan berupa hasutan mula dicetak dan dijual secara terbuka kepada awam, adalah suatu perkara yang amat dikesali.

Pihak KDN begitu rakus merampas dan menghalang akhbar parti politik yang lain daripada dijual dengan alasan menghasut dan sebagainya.

Tetapi akhbar-akhbar milik umno yang secara terang-terangan menghasut rakyat dengan memutarbelitkan fakta dan perundangan, dibiarkan terus berleluasa malah diberi perlindungan.

Barisan Nasional kini dilihat seakan menambah keahlian parti komponen mereka dengan penyertaan daripada kdn, pdrm, sprm, spr, media prima dan banyak lagi yang secara terbuka menghalalkan segala perbuatan jijik dan hina umno/bn ini.

Tajuk utama Berita Minggu hari ini yang membawa kenyataan Khairy Jamaludin, 'Tukar Speaker Perak' ternyata berbaur hasutan dan melanggar perundangan negeri Perak.

Orang ramai yang ditemui rata-rata bersetuju dengan perancangan umno/bn yang menggunakan segala jentera kerajaan dan media untuk menyelewengkan rakyat Perak. Ini kerana menurut mereka, lebih banyak kerja jijik dan hina yang mereka lakukan, lebih menyampah rakyat kepada mereka dan lebih cepat umno/bn dikuburkan di negeri Perak.http://ajijoi.blogspot.com/.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

k.j nie mang bangang...udah ler gla jwtan..adahati nk betulkn kepimpinan pr sedangkn dlm umno sendiri terdapat banyak mslah..btulkan diri dlu bru bg pendpt sendiri..

Tanpa Nama berkata...

nak tukar speaker ni, macam tukar baju ke? Hang tau ke pasai undang-undang? Banyakkan lagi kajian

Tanpa Nama berkata...

Kuasa SPEAKER bukan senang nak main tukar ganti macam nak tukar 'spare tyre'...
Sekali SPEAKER menunjukkan kehebatannya,pecah gegendang telinga,tak percaya??? Pi tadah telinga kat depan speaker masjid kampung korang masa bilal nak start azan....Amacam??/Fikir2kan...

fikrah islamiah berkata...

Sekarang ini Sinar Harian sudah masuk Perak, eloklah orang Perak biokot akhbar arus perdana itu dan cukup dengan Sinar Harian. Beritanya tidak berat sebelah. Apa yang disiarkan tidak dipotong, semuanya benar dan boleh dipercayai. Selamat membaca dan melanggan.

Tanpa Nama berkata...

sinar harian peringkat awal jer mcm tu bla dah banyak pembaca dia tukar ler kolum berita dari seimbang kepada putar belit.aku bila tengok warna merah ni tak bekenan tul.kut paper crita pasal perak pun buh ler warna kuning diraja.ni warna merah pencacai tua pengankat najis

Tanpa Nama berkata...

Dalam keadaan tidak menentu di Perak sekarang, bagaimana akhbar Sinar Harian yang dikatakan tidak menyebelah boleh masuk Perak? Ragu-ragu aku..

Tanpa Nama berkata...

Tak payah la layan KJ yang ini layan *KJ yang satu lagi, lagi baik..

*Kopi Janda daa..

Tanpa Nama berkata...

hahahaha,kalu lah nk tkr speaker tu kejer mudah,dah lama umno tukar dah,,,,ni psl tak bole la,tu sbb depa dok merapu tu,,gi smpai london nk mintak nasehat

AMIR RAOF berkata...

kadang2 tajuk je panas