25 Februari 2009

Rampasan kuasa lumpuhkan pentadbiran Perak.

Kelmarin saya bertemu dengan seorang pegawai kerajaan negeri, dia merungut mengatakan tidak menerima apa-apa arahan dan tidak dapat berbuat apa-apa sejak rampasan kuasa berlaku di Perak.

Inilah realiti yang juga saya sebutkan semasa ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian kelmarin di pejabat saya di Parit Buntar.

Setelah berlaku rampasan kuasa kejutan pasti berlaku kepada pegawai kerajaan yang sedang melaksanakan segala dasar yang digariskan oleh Pakatan Rakyat di Perak.

Bajet yang diluluskan oleh kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat yang berteraskan kepada kebajikan adalah bajet yang akan diguna pakai oleh BN hasil rampasan kuasa.

Persoalannya adakah mereka akan mengguna pakai belanjawan yang ditohmah dengan berbagai istilah negatig semasa berbahas di dewan. Antaranya dikatakan Bwjet itu adalah " tin kosong".

Inilah malang yang menimpa rakyat Perak akibat kerja celaka dan durjana BN yang melakukan kudeta di Perak.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haii Yob!!!Teman turut bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Perhok ni...Tak tau lee teman ape kesudahannye tapi teman totap berdoa moge2 kuase pemerintahan ini akan kembali kepade PR...Amin!!!Maaf lee yee,teman ni mengajuk cakap kome orhang2 Perhok,kalo silap tu,mohon sembah derhake lee yekk!!!

Tanpa Nama berkata...

YB,
Penyelesaian masalah di Perak ialah membubarkan DUN dan berikan hak semulam kepada rakyat. Anything short of that will be meaningless.
Hanya Tuanku Sultan dan Pak Lah sahaja yang bolih meeperbetulkan kesilapan dan salah langkah yang di buat olih Najib.
Kita berdoa semoga Tuanku Sultan dan Pak Lah diberi petunjuk untuk bertindak supaya keadaan di Perak yang pasti akan menyusahkan rakyat tidak berterusan. Kesabaran pasti ada batasan nya.
Marilah kita memohon kepada ALLAH supaya keselamatan dan kesejahteraan negeri Perak dan rakyat nya tetap terjamin.

Tanpa Nama berkata...

amno perak dah jadi tahap anjing gila,nak gigit sana gigit sini.rakyat bimbang dan teramat sangat benci

Tanpa Nama berkata...

Teman dan keluarga adalah pengundi di Parlimen Bukit Gantang (Dun Kuala Sepetang). TUNGGULAH.. teman sekeluarga akan mengajo sikap kurang ajo AMNO DAN BN yg tak hormati pengundi Perak.

Tanpa Nama berkata...

Ajor jangan tak ajor John....kalau boleh timbus terus....ketuk mereka semua tu sampai tak boleh angkat kepala lagi.....mereka semua itu., amat jahat

Tanpa Nama berkata...

....kita rakyat perak jangan diam , buat le kacau sana sini , bila dah huru hara baru depa bubar DUN, mengundi le kita , masa tu kita benam kan BN dalam dalam! o.k?

Abah berkata...

'fatal error' done by sultan perak.

Tanpa Nama berkata...

to 22:32:00....sapa yg haram jadah? BN ka PAS? bn bukn takat harm jadah..segla keje jaht ada pd bn..xkan hang xnampk??buta ka?? pmimpin kaki rasuah,kaki betina,pengabis duit rakyat,dll..mati la hang dlm keadilan jahil

Tanpa Nama berkata...

..Aloo !!! Awok! bisness la! bisnes! x tau ke?

Tanpa Nama berkata...

suasana sekarang sebenarnya banyak berpihak kpd PR.itu maknanya Allah SWT sayang pada kita yang memperjuangkan islam dan kebenaran.Krisis sekarang hanya untuk sementara tapi yang terbaik ialah krisis ini menjadi point besar bagi PR menumbangkan BN dalam mana2 Pilihanraya baik di perak dan seluruh negara.saya merupakan pengundi muda parlimen P.Buntar dan saya memang selalu mengikuti isu politik.tak pernah terfikir untuk saya perak boleh kita perintah.paling maksimum pun untuk tambah kerusi saja.Tapi kubu BN ini sedang runtuh dan saya yakin pasti PRU-13 kita akan menang selesa.Sebabnya hilang akal apa ? ambil kuasa macam gangster! bak kata TG Nik aziz.Rakyat skrang bukan macam dulu.orang kampung pun ada yang belajar lagi tinggi kelulusan dari sultan/menteri.Hanya orang kurang cerdik saja boleh terima semua ni.sekarang bukan lagi zaman rakyat boleh diperbodohkan.sekarang adalah zaman intelek.Ayuh! kita usaha sebarkan maklumat tepat pada setiap rakyat.biar UMNO BN terhapus dari peta pilihanraya malaysia.

Tanpa Nama berkata...

SULTAN PERAK NI PUN SATU...TAK PAHAM2 KEHENDAK RAKYAT LAGI...PIKIR LA SIKIT TUANKU..JGN LA KERANA KEPENTINGAN DIRI SAMPAI MEROSAKKAN HARAPAN RAKYAT....MASA DEPAN RAKYAT..TAK TAKUT KE TAK LAMA LAGI NAK MENGADAP YANG MAHA ESA...BELUM TERLAMBAT LAGI NAK ISTIHARKAN PEMBUBARAN DEWAN RAKYAT...JADI LAH RAJA YANG ADIL LAGI SAKSAMA...