12 Mac 2009

Andainya Datuk Seri Najib Menjadi Perdana Menteri

Posted by: Kerajaan rakyat
Email : Asrul Nizan Abd Jalil

Amalan biasa parti UMNO yang telah membentuk kerajaan persekutuan Malaysia sejak lebih 50 tahun dulu, presiden parti tersebut secara langsung akan diangkat menjadi Perdana Menteri. Ini hak mereka walaupun perlembagaan tidak mensyaratkan begitu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib selepas perhimpunan agong parti tersebut akhir Mac ini. Telah menjadi tradisi UMNO/BN menyerahkan kuasa perdana menteri yang akan mentadbir negara yang mempunyai lebih 27 juta RAKYAT seolah-olah jawatan tersebut warisan datuk nenek moyong mereka.

Saya tidak berminat membicarakan budaya mereka menyerahkan kuasa mentadbir negara dengan cara yang amat tidak demokratik itu. Apa yang ingin saya sentuh adalah apakah yang dapat RAKYAT Malaysia bangga kan andainya Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri?

Senarai berikut mungkin tidak lengkap, tetapi memadai untuk kita menilai - andainya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka sejarah akan terukir:

1. Perdana Menteri pertama yang diangkat menjadi wakil rakyat BUKAN kerana potensi peribadinya tetapi kerana mengenang jasa arwah bapanya.

2. Perdana Menteri pertama yang mempunyai sejarah “duda mengahwini janda”

3. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan zalim warga Monggolia.

4. Perdana Menteri perdana yang tidak merasa malu atau rasa bersalah mengizinkan isterinya berlaku sumbang bersama pelakon lelaki Bollywood di hadapan orang ramai.

5. Perdana Menteri pertama yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah bernilai ratusan juta ringgit.

6. Perdana Menteri pertama yang didakwa berlaku sumbang dengan seorang artis wanita tempatan di Port Dickson.

7. Perdana Menteri pertama yang melakukan penyembunyian wakil rakyat demi menjatuh sebuah kerajaan negeri pilihan RAKYAT.

8. Perdana Menteri pertama yang didakwa melakukan perhubungan sulit dengan wanita Monggolia yang kemudiannya mati dibunuh.

9. Perdana Menteri pertama yang diketahui umum terlalu menurut telunjuk isteri.

10. Perdana Menteri pertama yang telah diperakukan melalui ‘Akuan Bersumpah’ telah menggunakan khidmat bomoh Hindu untuk tujuan tertentu.

Sambungan kepada senarai di atas saya serahkan kepada RAKYAT Malaysia lainnya untuk meneruskan.

http://kerajaanrakyat.com

9 ulasan:

Unknown berkata...

fakta ni betul ke?

Awanama berkata...

Salam .. Malaysia dah jadi mcm film2 tamil zaman 50an. Menteri arahkan polis bunuh sesiapa yg dia x suka. polis ikut arahan kerana dah diberi rasuah. Bila menteri dituduh, hakim pula makan suap. Lepaskan menteri dgn kuasa yg ada. Muncul hero untuk mempertahankan keadilan. Membela nasib rakyat yg tertindas. Tiba2 sekumpulan samseng dgn seorang ketuanya. Memaki hamun untuk menonjolkan diri. Dgn slogan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Polis hanya ketawa gembira. Sama x dgn cerita kat malaysia skrg ni?

Kebebasan yg diberi kerajaan india kepada pengiat2 film. Pengiat film pula mengambil inisiatif menegakan keadilan melalui film. Berbeza dalam film2 malaysia. Menteri,hakim dan polis umpama tuhan. Tidak pernah buat salah dan silap. Klau ada pengiat seni yg cuba nak memalitkan menteri,badan2 keselamatan atau badan2 kehakiman dgn amalan rasuah, walau hanya dalam film, confirm film serta pengarah tu kena gam. kerana apa? Kerana takut akan kebenaran.

Dalam cerita tamil tadi cuba anda masukan nama2 mereka yg sedang berlakon di malaysia ni skrg?

HAKIM =
POLIS =
MENTERI =
SAMSENG =
HERO =

Ada sorang lagi yg x berapa penting. Sbb dia ni pelakon tambahan jer.

PENCACAI PENGANGKAT NAJIS =

Selamat mencuba...
(harapan63)

Awanama berkata...

Drs,Seandai di semak pada Wikipedia profil TPM amat tidak popular.Malah nickname nya sungguh mengaibkan. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

PRK 13 BN akan dikuburkan... anwar sebagai PM akan mengarahkan polis menangkap ketua polis negara,ketua hakim negara dan peguam negera.rakyat menjadi hakim........

Awanama berkata...

YB,Di byk blog membicarakan pertemuan PM dan DSAI di Pondok Nurul Iman Hulu Langat.Se org blogger ParpuKari mendakwa kumpulan tariqat ini sesat.Mohon pd sesiapa yg arif dpt clarify. Nona Ratana Chulaborn

Awanama berkata...

...parpukari lah yang sesat sebab dia ni suku sakat iblis yang nak merosakkan umat manusia... jadi berhati hati lah dengan iblis sekor ni

Awanama berkata...

Salam.. ada pula pencacai umno ni nak mencelah. awat? bolg umno x laku ke? hehehe... aku ada tgk blog "mohdalirustam", dicampur seluruh tulisannya nak cari 10 komen pun susah. klau ada komen2 pun hanya dari sebelah pembangkang. aku igt org umno ni xda yg tau bukak computer dan melayari internet agaknya.

si pencacai umno ni kata email asrul ni sekadar pendedahan murahan. aku nak tnya hang.. pendedahan yg mahal tu mcmna? yg ambil gambar org tgh tido pastu sebarkan kat internet tu ke yg dikira pendedahan mahal? abis tu mcmana klau aku pasang cc tv kat dlm jamban najib, pastu najib berak telanjang. Aku sebarkan dlm internet kata najib x senonoh. berak sambil telanjang. boleh ke mcm tu dikira pendedahan mahal? Pastu tan sri khalid kasi kat rakyat lembu.. tu yg korang kata rasuah. Yg khir toyol ambil duit 17 juta masuk dlm akaun dia (http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/skandal-kewangan-rm17-juta-babitkan.html)tu xnak plak ko dedahkan.

Akhbar perancis tuduh najib ada jumpa altantuya (http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/akhbar-najib-jumpa-altantuya-di-kelab.html) xnak plak ko dedahkan. pegi la saman akhbar tu. xder pun dgr ura2 najib nak saman akhbar tu? ko ni mmg umno bodoh la. ikut jer apa kata pemimpin ko tu. aku igt dia suruh ko mkn taik pun ko mkn. nak suruh org cermin diri dulu konon. woi bodoh.. si asrul ni rakyat biasa. siapa dia yg ko nak suruh cermin diri. sepatutnya ko suruh pemimpin2 ko tu yg cermin diri dulu. awat... menteri2 ko tu x mampu beli cermin ke? bodoh punya org..!!!

Awanama berkata...

kome baca le najis tong lojak punya manifetor. Geli aku nengoknye..

Manifesto Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak; Kepada Tuhan Saya Berserah

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.
:: Maklumat Peribadi ::
Nama : Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang


Status Perkahwinan : Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak
Pendidikan : 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom
Portfolio : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Alamat Pejabat : Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon : 603-88881950
No Faks : 603-88880035







:: Kerjaya ::

2004 Timbalan Perdana Menteri
2008 Menteri Kewangan

1999 - 2008 Menteri Pertahanan
1995 - 1999 Menteri Pendidikan

1990 - 1995 Menteri Pertahanan
1987 - 1990
Menteri Belia dan Sukan
1986 - 1987 Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

1982 - 1986 Menteri Besar Pahang
1982 - 1986 Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang

1982 - 1986 Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
1981 - 1982 Timbalan Menteri Kewangan

1980 - 1981 Timbalan Menteri Pendidikan
1978 - 1980
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1974 - 1976 Eksekutif Petronas


:: Politik ::
Sept. 2004
Timbalan Presiden
1993 - Sept. 2004 Naib Presiden

1997 Pengerusi Biro Pendidikan
1988 - 1993 Ketua Pemuda

April 1987 Memangku Ketua Pemuda
1986 Pengerusi BN Negeri Pahang

1986 - 1987 Timbalan Ketua Pemuda
1983 - 1988 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang

1982 - 1983 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - kini
Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang
1980 - 1982 Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang

1978 - 1986 Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat
1976 - 1980 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang


:: Sosial ::

1980 - kini Ahli Kehormat FreeMason Malaysia
1995 Presiden SEAMEC

1988 - 1996 Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan
1982 - 1986

Pengerusi Pahang Foundation
1977 - 1979 Pengerusi Majuternak
1977 - 1979
Persatuan Belia Malaysia
Ahli Royal Sentul Golf Club

Ahli Royal Selangor Golf Club
Ahli Raintree Club

Ahli Royal Pahang Golf Club
Ahli Subang Golf Club

Ahli Saujana Resort (M) Bhd
Ahli Royal Darul Makmur Golf Club

Ahli Lake Club Club
Ahli Air Force Recreational Club




Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara.(tambah= kpd AGAMA x ada tulis.) Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.

TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.

Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

Kepada Tuhan saya berserah!

ZAMRI kecik's berkata...

kadang2 aku nampak orang kita ni memang suka menangguk di air yang keruh.
kadang2 memang suka provokasi.
ambik kesempatan diatas keburukan lawan.

memang la kita nak lawan dengan depa.
kita nak depa jatuh.
tapi,cuba kita ketepikan benda2 camtu.
kita tunjuk kekuatan kita,kebaikan kita dan kebolehan kita...

aku pun harap sangat Pak Lah kat jadi serah kuasa kat Najis Tuya tu...