27 Mac 2009

Debaran baru di perhimpunan Umno

Sekali lagi hari ini, perhimpunan agung Umno menjadi tumpuan negara apabila pengundian tokoh-tokoh kanan parti bermula selepas ucapan presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ucapan dasar terakhir beliau ini "Masa Depan dan Survival Parti" paling dinanti-nantikan untuk mengetahui arah tuju parti itu, kritikannya pada pembangkang dan sikapnya di penghujung kepemimpinan nasional.


Ia dijadual bermula jam 9.30 pagi ini, kemudian diikuti proses pengundian pada pukul 11 pagi.

Sesi perbahasan usul-usul juga menarik perhatian ramai apabila perwakilan - secara tradisi - mengajukan kritikan dengan pantun atau seloka, nada keras dan lawak jenaka.

Ramai peminat politik menantikan keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah dalam persidangan minggu ini.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan penting selepas sesi penggulung, tengahari Sabtu ini.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.Malayskaini.

1 ulasan:

Awanama berkata...

keris dicium, tanda akulah pembela ketuanan Melayu... tp pembelajaran mat&sains dlm bi aku teruskan... seruan sasterawan negara tidak ku pedulikan... keluhan ratusan ribu rakyat yg cintakan bahasa ibonda tidak ku hiraukan... hari ini penentu nasib ku... jika kemenangan menyebelahi ku... maka keris ku semakin panjang...