12 Mac 2009

Hampir 20,000 hadir ceramah MB Perak di Titi Serong.

PARIT BUNTAR: Krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang menarik minat pelbagai pihak untuk memenuhi segenap inci dan sudut di Pusat Tarbiyah Titi Serong dengan kehadiran hampir 20,000 orang di sini malam tadi.

"Sebelum ini tidak pernah seramai itu yang hadir dan merupakan sejarah di tempat berkenaan" Jelas Ketua Kampung Jalan Pantai Tg. Piandang, En Jamaluddin.

Penceramah utama dalam program itu ialah YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Machang , YB.Saifuddin Nasution.Selain itu turut memberikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Pengerusi Kelab penyokong PAS Bagan Serai, En.Beh dan YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim.


14 ulasan:

Unknown berkata...

semangat org perak masih membara! teruskan sokongan kamu!

Awanama berkata...

Drs...Dah tentu tercatat "Hari ini dlm sejarah" bagi warga Parit Buntar dan sekitar nya. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

bila media arus perdana sudah hilang credibility, rakyat hanya mengharapkan ceramah pakatan rakyat utk info yg tepat dan dipercayai....

Awanama berkata...

ya ka sampai 20,000 orang mai. munasabah la sikit dalam 5000 ke 6000 saja mai. reporter yang hadir pun kata dalam sekitar 5000 saja. ni dah macam media bn mai 500 cerita 5000. telus, adil dan berhemah.

Awanama berkata...

memang orang ramai betul, dan jumlah itu yang mengambil kira apa yang dikira oleh media bn, jadi kami kali 4atau 5, jadilah dekat 20,000. kata unit amal yang duduk kat luar ada yang balik awal sebat tak boleh masuk, kasihan.

Unknown berkata...

SYABAS! semua org tg piandang turun kaaa
Puak2 umno mcana..ada mai kaa

ZAMRI kecik's berkata...

semalam saya pun ada pi...
bagus yb saifudin bagi fakta.
harap yb lain pun ikut cara yb saifudin berceramah.
tak perlu banyak sangat.
yang penting benar,kukuh,ringkas,terkini,padat,sensasi.

Awanama berkata...

knapa MB haram zambry tak mau turun padang terangkan isu2 semasa sebenar kat rakyat, ni turun kg pun x de, mau beribu-ribu selipar kena muka mb haram tu,
tahniah rakyat perak kehadiran yg begitu ramai sekali tanda sokongan pada ir nizar

Unknown berkata...

Lain kali kalau buat ceramah cuba ajak zambery sekali (sbb Tun Mahathir tak kata ada MB halal/haram) maknanya perak ada dua MB. Lepas tu bagi Zambery ceramah dulu diikuti oleh Nizar. Tengok reaksi penonton. siapa yang teruk kena boo dan tak boleh tahan.. sila letak jawatan

agak-agak siapa yang kekal ye ....

refah00 berkata...

Moga yang haq akan mengalahkan yang batil

refah00 berkata...

Teruskan perjuangan wahai yab Nizar dan seluruh yb PR

Awanama berkata...

Kalau macam ni sambutan dari rakyat Perak.. nampak gaya lagi payah ler nak bubar DUN..
takottt beb...

Awanama berkata...

mmg ramai pun,
nak masuk pun tak boleh mlm td,
byk sgt berimpit kat dlm,
kat luar pun dah melimpah,
dok kat luar pun dengar tak brapa jelas,
ada gak beberapa org kuat umno kat sana nak dengar cerita dr pihak Pakatan,
baguslah mcm tue.

Awanama berkata...

mlm 2 kali pertama aku g dgr ceramah...py la ramai org...xsngka plak sampai cam2...best gila...jalan kat tt serong sampai jam....mmg dasyat ar....