12 Mac 2009

Hishammuddin mula takut, iktiraf GMP.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan tidak pernah mempertikaikan keikhlasan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Namun dalam nada lain dia masih mengaitkan GMP dengan penyertaan beberapa orang pemimpin politik dalam perhimpunan tersebut "Kita juga ingin perjuangkan dan perkasakan bahasa kebangsaan, (tapi) bila ia dibawa ke tepi jalan, dipolitikkan, itu akan mengeruhkan keadaan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat hari kelmarin.

Persoalannya adakah pemimpin PAS yang menyertai perhimpunan itu bukannya rakyat Malaysia yang layak untuk menunjukkan sikap membantah bahasa ibunda mereka dibunuh begitu saja.

Ataupun Hisham lebih selesa kalau semua pemimpin PAS tidak hadir kerana dia akan menyerang bahawa ini lah bukti PAS yang tetap menjadi dalang namun tidak berani untuk tampil bersama dengan peserta perhimpunan.

Apapun Hisham sudah banyak "dalih" berbanding "dalil", kelak kamu danparti cap kati yang kamu dokong akan dihukum dalam PR yang akan datang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mencari kesalahan orang memang sifat UMNO dulu kini dan selamanya!

Muhammad Fahmi berkata...

begitu teruknya pemikiran Hishammuddin, dia hanya ingat UMNO saja yg layak perjuang semua benda.

ini lah jenis manusia yg tak layak jadi menteri. sedarlah dulu kamu tu gagap. nasib baik bapak kamu tu orang senang, boleh la dihantar ke sekolah khas. kalau tak, mungkin nak bertanding pilihanraya pun kamu tak mampu buat ucapan!

Tanpa Nama berkata...

...aku ghasa depa ni(umno/BN) tak faham2 bahasa kut, sampai lagu mana langsung nak bagi tau kat depa, dah 6 tahun punya dok habaq tak paham2 jugak. kalau lagu ni depa patut dipanggil bangang saja. sapa2 yang sokong depa ni pon memang bangang jugak lah...

Tanpa Nama berkata...

Memang baik jika GMP mengadakn demo kelmarin...bila dah demo, seluruh dunia tengok, baru terkebil-kebil Hishamudin...Baru dia tahu sesungguhnya rakyat amat membenci PPSMI, tiada guna langsung...Kalu tak demo, dia mudahlah masukkan kita dalam kocek dia...Tak apa lah, wahai pejuang bahasa BM, andalah wira rakyat sebenarnya, sanggup ditembak dgn air, gas pemedih mata, semata-mata nak membuka mata UMNO/BN yg sudah buta dan rabun dengan rasuah....alhamdulillah..anda lah wira org Melayu yg sayangkan bahasanya...

Tanpa Nama berkata...

salam..
GMP telahpun menjemput ameno untuk sama 2 perjuang bahasa Melayu..tapi ameno lebih memikirkan projek dan keuntungan wal komisen ..jadi depa tak mau bersama..bila pas dan pkr ikut serta kata pembangkang dalangnya..species menteri ameno ni sama je..bila tak da jawatan baru dok nyesal tak sudah..ameno satu lagi tak mengangkat islam melebihi bangsa..dia tau bangsa..bangsa..akhirnye yg jual bangsanya semuenya ada di ameno...hati depa dah terlekat sekelerisma sempit..kita ni kena dakwah kat semua orang ..ni ameno ingat islam tu untuk dia sorang nak masuk surga..ape ni..buka mata sikit..kita hidup ni daiee..pelik ameno ni kitab apa dia pakai tak tau..jangan jangan tajul muluk....

farrah berkata...

Pemimpin UMNO memang macamni, tak habis-habis konar baring sini sana, cari korek alasan. Nak seribu daya, taknak ... paham2 sendiri la ye.

Unknown berkata...

adakah kita mahu melihat anak kita hilang kekuatan dalam sains dan matematik hanya kerana subjek ini diajar dalam bahasa inggeris

Tanpa Nama berkata...

Teman dah 20 tahun jadi cikgu. teman tahu sangat mana yang baik, mana yang tidak kepada anak-anak didik kita. Realitinya memang ramai pelajar melayu yang hanyut disebabkan PPSMI. BN hanya pandai kate, pandangan guru dan pelajar diambil kira. Guru yang macam mana diambil kire? Majoriti guru tak setuju dengan PPSMI.Yang dapat elaun mungkin setuju.Berbalik pada asal akan menjulang martabat bahasa melayu di persada global. Bahasa Melayu merentasi kurikulum.

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan UMNO hari samalah seperti syarikat-syarikat penjajah seperti The East India Co. The Dutch East India dan lain-lain yang serupa pada abad 18. Mereka memerintah semata-mata untuk mencari keuntungan dengan cara mengeksploit sehabis-habisnya khazanah negara. Soal agama, bangsa dan negara menjadi isu sampingan. Siapa sahaja yang menegur adalah musuh dan penderhaka.

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru UMNO macam mana? Masa pilihanraya boleh ambik cuti lama-lama berkempen kalau guru besarnya pun UMNO!

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam....

Tak perlulah kita bincang apa apa pun berkaitan mmat lembut sekor nih.

Pedih mata aku kena "goreng" dengan FRU masih terasa. Malah, sakit hati aku nih akan kekal sampai bila bila.

Ko tunggu jer PRU 13 nanti wahai Hishamuddin.