12 Mac 2009

'Kita punya pandangan serupa dengan GMP' - Nik Aziz

KOTA BAHARU, 11 Mac :- Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu penglibatan parti pembangkang dalam himpunan 100,000 anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu bukan bertujuan mengambil kesempatan tetapi kerana mempunyai pandangan sama terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata disebabkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan GMP mempunyai aliran yang sama maka berlakulah himpunan besar-besaran itu secara serentak.


"Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan PAS dalam himpunan dan perarakan membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata himpunan itu diadakan kerana kerajaan tidak mempeduli bantahan yang dibuat oleh orang ramai berhubung isu PPSMI.

Beliau menyifatkan kerajaan tidak memahami dengan kehendak pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diutamakan sehingga sanggup menuduh GMP diperalatkan pembangkang.

Dua hari lepas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI pada Sabtu jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu. Harakahdaily.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Memandangkan GMP berhasrat turun berkempen didua dua bukit pasti lebam lebam lah Isham kena luku dan cubit di Perhimpunan agong UMNO nanti.Tak dpt nak di bayangkan.Menepis dan ter"aww aww" lah dia nantiKita tengok sapa yg kena... Cura Sicuit cuit.