12 Mac 2009

Nizar mohon menghadap Sultan Perak bubar DUN

PETALING JAYA: Surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tegempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu telah difakskan kepada pihak Istana semalam.

Menurut Setiausaha Politik YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Mohd Misbahul Munir Masduki surat tersebut telah dihantar secara faks pada pukul 12 tengah hari semalam.

"Saya sendiri memfakskan surat mohon menghadap Sultan kepada pihak istana tengah hari. Insya-Allah esok kita akan menghantar surat tersebut secara rasmi dengan menggunakan perkhidmatan pos laju pula," katanya kepada mStar Online.

Jelas Misbahul, Kerajaan Perak Pakatan Rakyat sedang menunggu tarikh menghadap untuk mempersembahkan tiga resolusi yang telah diluluskan minggu lalu.

"Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yakin kita akan dapat perkenaan untuk mohon menghadap Sultan Perak secepat mungkin," katanya.

Ditanya apakah kandungan surat yang dihantar itu, Misbahul berkata, surat tersebut merupakan prosedur yang perlu dilakukan bagi memohon perkenaan menghadap Sultan Perak.

"Tiga resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat tergempar menjadi agenda utama kerajaan Pakatan yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Perak," katanya.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Kudeta, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri kudeta daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Insya-Allah, moga-moga diperkenan Tuanku.

Awanama berkata...

Asmkm..

Saya rasa hantar menerusi BY HAND lagi sesuai dan nampak kesungguhan

Awanama berkata...

entah le... rasa ikut skrip mcm court ipoh tu .tapi kita kena ingat manusia menrancang allah akan menentukan .sama sama lah kita berdoa yop agar terbuka pintu hati istana.

Awanama berkata...

Tuanku Sultan adalah orang yang bijak dan memahami undang-undang dan perlembagaan. Tak kan beliau tak nak ikut buku yang dia karang sendiri dan hakikat nya, adanya Sultan kerana adanya rakyat. Oleh itu kita serah kan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki. Wallah hualam

Awanama berkata...

Drs,Enggan hamba melebarkan durja prasangka namun rasanubari seorang marhaen kekadang musykil jua dgn tingkah Tuanku tampak zahir kasih terpilih. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Kemelut politik Perak kini adalah antara 'kebenaran' dan 'kebatilan'. Gunakanlah penglihatan, pendengaran dan hati anugerah Allah ini agar disinari nur kebenaran. Ingatlah amaran Allah dalam Surah Taha ayat 72.
"Maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini sahaja."

Awanama berkata...

muga muga tuanku perkenan