27 Mac 2009

Ramalan saya, perang antara pemimpin UMNO akan berlaku di Bukit Gantang !

Kemenangan Khairy Jamluddin sebagai Ketua Pemuda umno akan menyaksikan satu protes dan serangan secara senyap kepada Khairy akan berlaku di Bukit Gantang. Malah PRK Bukit Gantang akan menjadi medan melepas geram kepada pemimpin Umno yang menang dengan cara rasuah pada pemilihan kali ini.

Kalau Khairy yang disambut dengan sorakan "khairy rasuah" bila dia diumumkan menang malam tadi, saya yakin sorakan itu akan dibawa ke Bukit Gantang.

Setahu saya Pemuda Bukit Gantang adalah penyokong kuat kepada Mukhriz yang kalah. Mukhriz kalah dalam keadaan Khairy sudah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO, tapi masih dibenarkan bertanding. Ini lagi faktor yang menyokong ramalan saya akan berlaku "perang" di Bukit Gantang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah barisan UMNO yg rela berjuang... rela berkorban maruah kerana duit... pemimpin berkurap pun di angkat mjadi ketua... hairannye aku...kpd penyokong UMNO tidakkah kamu berasa malu? apa... tidak malu! memang UMNO menhampiri kemusnahan...

Tanpa Nama berkata...

Biasalah....parti yang memperjuangkan kebendaan perlu dibajai dengan wang untuk terus hidup subur.Kalau tiada wang dia akan mampus....! Jadi tidak hairan kalau rasuah keliling pinggan...sudah jadi asam garam dalam pemilihan umno.. Sebagai rakyat yang ada moral dan maruah kita patut menolak umno kerana ia parti yang jijik dan kotor....