27 Mac 2009

'Setel' kan hutang kita, pangkah Hishamuddin esok! - Arahan pertama KJ

Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss mereka, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.

Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.

“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.

“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.

Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.

Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan. / Agendadai

7 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Arahan tak demokratik

Istiqomah berkata...

Chek Det...kena ketuk 2 kali dikepala. Pertama anaknya tewas. Kedua musuh besarnya menang.
Walaupun beliau kuat berkempen untuk kemenangan anaknya tapi ahli umno dah anggap beliau sebagai 'quran buruk'

Awanama berkata...

tanya khairil apa sebenarnya berubahan yg dia inginkan dalam UMNO... nak hapuskan politik wang ke? tp kamu Khairil awal2 lg dah bersalah atas tuduhan politik wang... kalau aku awal2 lg aku tarik dr dari bertanding,buat malu je.. pemuda UMNO pun satu... pengamal politik wang pun korg pilih jd ketua... mabuk duit ke?... adakah pemuda UMNO merestui politik wang? aku rasa memang ya lah tu... terang lg bersuluh...
anak toyo tu pun dpt undi lebih dari Mukhriz... kesianya... takpe lah korg punye pasal lah... rapat2kan saff... tp sapa pulak nak jd imam ni? perasuah ke?

Awanama berkata...

Nampak sgt la org2 umno pun x suka kat si najis tu... ramai yg x suka KJ, tp dia org lagi benci kat si najis. tu sbb org2 harapan si najis tu x dipilih... biar ko rasakan najis....!!!!!!!!!!!!

Awanama berkata...

memang ambo suka sangat si KJ ni menang

cepat lah sikit UMNO akan hancur

Awanama berkata...

salam..

sy melihat ini satu ketidakadilan kerana "menghalalkan" rasuh dalam berpolitik.

jika zaman umar dapat dijadikan panduan
untuk mentadbir Malaysia, insyaAllah Malaysia menjadi sebuah negara yang terbaik dari kalangan yang baik.

bacalah sirah pentadbiran umar.

wslam

_Abdullah_pelajar sains politik UKM

Awanama berkata...

salam..

sy melihat ini satu ketidakadilan kerana "menghalalkan" rasuh dalam berpolitik.

jika zaman umar dapat dijadikan panduan
untuk mentadbir Malaysia, insyaAllah Malaysia menjadi sebuah negara yang terbaik dari kalangan yang baik.

bacalah sirah pentadbiran umar.

wslam

_Abdullah_pelajar sains politik UKM