02 Mac 2009

Sidang Tergempar DUN Perak : BN pergunakan penjawat awam.

Berikut ini adalah reaksi dari seorang pembaca yang menamakan "kuligomen" bagi mengulas tulisan saya pada tajuk "Kenyataan SU Dewan atau kenyataan siapa ?" yang diterbitkan pada 1 Mac 2009.

Seperti tulisan saya sebelumnya, saya tetap mengatakan SU Dewan telah dikambing hitamkan demi kepentingan politik jahat UMNO dan BN.

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri selaku seorang Penjawat Awam jelas telah melanggar peraturan Perintah-Perintah Am (General Order), apabila beliau telah membuat kenyataan rasmi dan kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan melalui media.

Menurut Perintah2 Am (General Order)
BAB D - Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993

Peraturan 19 (Membuat Pernyataan Awam)

(1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;

(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan ;

(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi Kerajaan;

(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan ; atau

(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain,

melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.

(4) Bagi maksud peraturan ini, “pernyataan awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Salam.. Org yg tulis ni mesti org terpelajar. Tahu tentang undang2. Yg pastinya kerana keterpelajaran dia tu la dia tahu yg mana betul yg mana salah. Bercakap mengikut fakta. Org umno tau ker tentang undang2 ni? Jangankan si bodoh2 yg dok mengampu membodek si najis tu, yg dok mencaci memaki dlm blog2 saja, si najis yg kununnya bakal menteri perdana sendiri tu pun x tahu tentang benda ni. Nak tanya sikit la pada org umno ni.. kamu x malu ker bila nampak sgt yg pemimpin2 kamu tu semua bodoh2 belaka? kamu x rasa malu ke bila pemimpin2 kamu tu buat perkara2 dan kenyataan2 yg mcm budak sekolah rendah tu? Bila kamu menyokong org2 yg xtau undang2 ni (org bodoh mcm si najis) bermakna kamu lebih bodoh dari mereka. Ok.. klau kamu baca ni mesti kamu nak hangin kan.. Sabar.. jgn hangin x tentu pasal.. cuba amati kata2 aku tu baik2. klau kamu x setuju jugak bermakna kamu semua ni mmg manusia yg dah Allah ciptakan untuk menjadi bodoh dan dungu selamanya. wallahualam.. (harapan63)