02 Mac 2009

Sidang tergempar DUN Perak sah, Keputusan Speaker mengatasi kenyataan Setiausaha.

Krisis politik Perak mengalami kejutan baru - kali ini membabitkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan Setiausahanya, Abdullah Antong Sabri yang "bertikai" tentang kesahihan mengadakan sidang tergempar Selasa ini.

Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri mengeluarkan kenyataan bahawa Speaker tidak boleh memanggil satu sidang tergempar dewan itu Selasa ini kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan itu, Sivakumar pula sambil melahirkan rasa terkejut menegaskan, Setiausaha DUN tiada kuasa untuk mentafsir Perintah Tetap Dewan Negeri.

Pada sidang media diadakan kira-kira 7 petang tadi, Sivakumar menegaskan, tugas Setiausaha ialah mematuhi arahan dikeluarkan oleh Speaker.

Dengan merujuk kepada Perkara Perintah Tetap Dewan Negeri (PT), tertakluk kepada usul khas yang dikemukakan, tafsiran Speaker adalah muktamad.

"Bukankah Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar Dewan?

"Jika hak itu dirampas daripada Speaker, apakah bentuk demokrasi yang kita akan mewarisi pada masa depan.

"Saya merasakan dunia akan gelak terhadap kita jika mana-mana pihak mencampuri atau menghalang kami daripada menghadakan sidang DUN," katanya.

Terdahulu kira-kira 4 petang tadi, dipetik Bernama, Abdullah berkata, mengikut PT Dewan Negeri 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) UndangUndang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Sivakumar pada Khamis lepas yang beliau bercadang memangggil satu sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Abdullah berkata, beliau telah menerima arahan daripada Sivakumar supaya mengeluarkan notis segera untuk sidang tergempar DUN pada Selasa ini melalui surat Sivakumar yang bertarikh 25 Februari lalu yang turut disertakan notis usul daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu dari Teja, Chang Lih Kang dan Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Beliau berkata, walaupun ia sidang tergempar, "dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar Notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut.

"Permasyhuran memanggil dewan dibuat oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan. kata Abdullah.

"Ini adalah berdasarkan PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan "maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..".

"PT 10 (1) mengatakan "Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta," katanya.

Beliau berkata, berasaskan PT 10(1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

"Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang," katanya.

Beliau berkata, Perkara XXXVI (1) memperuntuk "DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan."

Abdullah berkata, peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan UndangUndang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.

Khamis lepas, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ana manyak heran oo..sikalang su lebih berkuasa dari tuan speaker...ana berharap teruskanlah sidang tergempar itu.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB...

Jelas kini SU DUN pula dipergunakan tuan director. Script writer kena review, lemah sangat script & plot cerita ni.

Apa kuasa SU DUN menafikan perintah Speaker?
Mohon YB usulkan SPRM siasat SU DUN atas dakwaan salah guna kuasa.


http://prkp059.blogspot.com/

kelate berkata...

ikut adab babi2 ameno..lawan tokey tak pa...janji dapat kutip RM3 je tiap2 bulan...PR,sila hadapkan natang babi SU ni ke pengadilan...jgn bagi muka sangat..nanti lagi ramai yg jadi babi cam dia tu...

Tanpa Nama berkata...

http://greenboc.blogspot.com/2009/03/peguam-sidang-tergempar-dun-perak-sah.html

Tanpa Nama berkata...

Terkini..
Sidang Tergempar DUN Perak tak sah!
Mamat Despatch yang bertugas bawak surat2 DUN telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sidang Tergempar DUN tak sah kerana duit minyak motor dia belum dapat lagi.. mcm mana nak buat despatch.. AKU TAK HERAN KALAU SITUASI MACAM NI BOLEH BERLAKU dalam politik UMNO

Tanpa Nama berkata...

semakin keliru dan membingungkan..ayuh mahasiswa kita sama-sama lakukan reformasi..hanya mahasiswa yg mampu memulihkan kembali kemelut politik kini.

MAHASISWA UiTM

Tanpa Nama berkata...

Kelate..jangan jadi tidak waras..jangan mengata orang..berdosa kita...dok mencaci..ini ke sifat peyokong Parti Islam..didokong orang Islam..tak guna beramal ibadat...kerana dok caci orang aja..istifar lah..

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri selaku seorang Penjawat Awam jelas telah melanggar peraturan Perintah-Perintah Am (General Order), apabila beliau telah membuat kenyataan rasmi dan kenyataan tersebut juga telah dikeluarkan melalui media.


Menurut Perintah2 Am (General Order)
BAB D - Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993

Peraturan 19 (Membuat Pernyataan Awam)

(1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;

(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan ;

(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan ;

(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi Kerajaan;

(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan ; atau

(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain,

melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.

(4) Bagi maksud peraturan ini, “pernyataan awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

kelate berkata...

babi2 ameno ni mana tahu bab2 undang2? hanya tahu mooooooooooo.....mooooooooooo....tu je set2 ameno tahu...

Tanpa Nama berkata...

salam yb izinkan saya nukilkan sebuah hadith drp aisyah r.a berkata:Rasullullah s.a.w bersabda:6 macam org yang aku mengutuknya dan Allah juga mengutuknya.pada tiap-tiap nabi diperkenankan permohonannya...
1-Orang yang menambahi kitab Allah
2-Orang yang mendustakan ketentuan Allah3
3-ORANG YANG TUNDUK DAN MENGALAH KEPADA PEMERINTAH ATAU PEMIMPIN YANG SOMBONG DAN KEJAM .lalu dgn itu dia memuliakan orang yang direndahkan oleh Allan dan merendahkan orang yang dimuliakan oleh ALLAH.
4-Orang yang menghalalkan larangan Allah
5-Orang yang menghalalkan golonganku yang Allah haramkan.
6-Orang yang meninggalkan sunnahku..
TOLONG baca dan fahami apa yang hendak disampaikan kerana kita semua hamba Allah dan umat nabi muhammad s.a.w terutama kpd para penyokong be end.... adakah kita mahu di kutuk oleh Allah dan para rasulnya......

p/s:SAYA SENGAJA BESARKAN NO 3 UNTUK KITA SAMA-SAMA JADIKAN PEDOMAN.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI JAUHILAH KAMI DARI OANG-ORANG YANG ENGKAU KUTUK.....AMIN YA RABBAL ALAMIN....TAKBIRRRRR.....

maun berkata...

ahli politik UMNO dah nganga..sekarang barua UMNO pulak buat kecoh. Buat je kerja ko SU Dun..sejak bila dah pandai melawan, lebih sudu pada kuah. SU dengar cakap Speaker atau Speaker dengar cakap SU Dun. Jelas permainan kotor UMNO. Malu betul politik UMNO akai pendek ni.

Brahim Nyior berkata...

Tuan, saya harap tiada komen yang menggunakan perkataan yang tidak enak dan sesuai dipaparkan dalam komen di blog ini.

Seharusnya, setiap komen perlu bersifat ilmiah, atau tidak hentam keromo, maki hamun dan sumpah seranah.

Ia akan meletakkan seolah-olah ia menjadi mainan pada masa depan.

Harap dipertimbangkan..

kelate berkata...

apasal lobai ibrahim? dah tersentak ka bila babi2 lobai kena maki? mmg dah taraf babi...patut le dimaki-hamun!!! tiada bahasa yg layak kepada golongan2 tu kecuali panggilan babi...

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai rakyat perak sangat berharap agar keadilan di bumi perak dapat dikembalikan...hormatilah dan ikutlah lunas-lunas undang yang sedia ada..Kami rakyat perak hanya mengiktiraf Dato Mohd Nizar sebagai MB Perak yang sah dari segi undang-undang! Bubarkan DUN...serahkan pada rakyat Perak untuk pilih kerajaan yang mereka inginkan..itulah yang seadil-adilnya..TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

Syabas dan tahniah pada MB Perak Dato Mohd Nizar yang sanggup turun padang untuk memberi penjelasan tentang keadaan terkini di Perak..Kami ada bersama beliau semalam di Dewan MPSJ SS15,Subang Jaya...Syabas anak-anak Perak di perantauan...teruskan perjuangan...Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Salam...setuju dengan komen brahimnyior...kalau boleh jangan gunakan bahasa kasar dan kesat...nanti tiada bezanya antara kita dan 'mereka'...sebagai pejuang kebenaran dan keadilan kita perlu jaga imej...terutama imej sebagai pejuang Islam..bukan pejuang Melayu!

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat berkawan/mengikut telunjuk individu tidak bermoral.Mereka tidak memikirkan baik/buruk asalkan mereka dapat apa yang dihajati.Sinario inilah yang menimpa perak sekarang ini.Mungkin Allah hendak memperlihatkan kepada rakyat perak.....bahananya mengikut telunjuk orang-orang yang rakus kuasa dengan cara tidak bermaruah. Negeri menjadi tidak tenteram, rakyat menjadi kebingungan..