22 April 2009

Benarkah Speaker Perak bohong ?

Mulai semalam (20 April) mulalah episod baru dalam pertikaian mengenai sidang DUN Perak yang direncanakan pada 7 Mei akan datang apabila serangan oleh pihak tertentu yang tidak didedahkan identitinya dengan mendakwa Speaker DUN Perak, V. Sivakumar bebohong tidak tahu mengenai tarikh sidang yang telah ditentukan itu.

Saya rasa bertanggung jawab untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya bagi membuktikan bahawa Sivakumar memang tidak tahu menahu mengenai tarikh sidang yang telah ditetapkan tanpa berbincang dan memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

Sehari sebelum surat panggilan sidang dihantar ( Khamis/16 April ) kepada semua ADUN saya telah dimaklumkan oleh pihak tertentu bahawa perkenan telah diperolihi dari Sultan Perak dan pemanggil itu memaklumkan kepada saya tarikh yang diperkenan ialah 7Mei.

Saya tidak terkejut dengan makluman itu disebabkan beberapa hari sebelum itu saya sudah dimaklumkan mengenai permohonan dari MB Kudeta dari pihak Istana bagi mendapatkan tarikh sidang. Sebab itu apa bila ditanya oleh wartawan harakah dalam temubual seperti yang disiarkan dalam edisi terkini, saya dengan yakin mengatakan sidang akan diadakan sebelum 13 Mei.

Selepas menerima panggilan tersebut saya terus menghubungi Speaker dan memaklumkan tarikh telah ditentukan oleh MB kudeta dan mendapat perkenan pihak Istana dan beliau sangat terkejut kerana beliau tidak tahu menahu mengenainya. Saya semacam menenangkan beliau dan berharap dia tetap dipanggil untuk proses memanggil semua adun kerana surat panggilan mesti dikeluarkan atas nama Setiausaha DUN setelah mendapat arahan Speaker.

Pagi Jumaat (17 April) saya menerima panggilan dari pejabat Bahagian Majlis yang diketuai oleh Hj. Abdullah Antong Sabri bertanyakan bagaimana hendak menyampaikan surat panggilan kepada ADUN dengan kadar segera. Kebetulan saya berada di Kawasan DUN Titi Serong dan telah memberi komitmen berkhutbah di Masjid Tebuk Haji Musa dalam DUN Titi Serong.

Dari perbincangan itu saya faham surat mesti sampai kepada kami pada hari berkenaan juga. Akhirnya saya bersetuju untuk dihantar sekali ke pejabat ADUN Selingsing di Bagan Serai.

Keesokannya saya mendapat maklumat bahawa surat untuk ADUN DAP semuanya dikirim ke Pejabat DAP yang letaknya tidak berapa jauh dari pejabat SUK.

Kerana perbincangan dalam talipon atas dasar untuk memastikan kami ADUN Pakatan Rakyat boleh menerima surat yang dihantar itu saya tidak pun bertanya adakah speaker telah di maklumkan.

Ternyata hak speaker untuk menentukan dan mengarahkan surat panggilan sidang dinafikan, surat yang kami terima adalah bukan datangnya dari arahan Speaker. Saya mempertahankan dia perlu datang dari arahan Speaker bukan atas semangat Pakatan Rakyat, tetapi atas nama institusi Speaker yang mesti dihormati tetapi telah dicabuli.

Surat panggilan beredar diwaktu pagi jumaat 17 April, sebelah petang sesudah jumaat baru Speaker dimaklumkan dengan rasmi, apa sudah jadi ? Surat panggilan kanduri telah dicetak dan diedar, ayah pengantin terkejut besar dia tidak diajak berbincang.

Persoalannya sekarang saya mendapati BN terlalu ghairah untuk bersidang setelah Mahkamah Perwekutuan memutus kan bahawa hukuman menggantung Zambry selama 18 bulan dan 6 Exconya selama 12 bulan kononnya tidak sah. Sebelumnya mahkamah yang sama menyatakan SPR yang berhak menentukan kekosongan DUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.

Mereka merasakan korum untuk BN sudah cukup, sedangkan mereka tidak mendapat kepastian dan perintah mahkamah supaya Speaker tidak dapat menghalang mereka masuk dewan, atau mereka akan dihalau keluar dari dewan dan macam-macam lagi kuasa Speaker yang sebenarnya tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagan Persekutuan perkara 72.

Terkejut besar bila Speaker membalas balik bola tanggung yang di hantar oleh Zambry, simpati kepada pakatan Rakyat dan Speaker makin bertambah, lalu tidak ada jawapan yang paling sesuai dengan mengatakan Speaker bohong.

9 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

Halau aje MB Kudeta dan pembodek-pembodek eksconya tu!

Pak Lubis berkata...

Kalau pengganungan dulu dianggap tidak sah ... gantung balik ....

Tanpa Nama berkata...

heran sy...awat dlm situasi negeri brcelaghu ni pn msih x brhati2?...napa x dselidik dahulu bila ada org minta edarkn srt panggilan tu?appaara...
dh lupa ayat ini "izaa jaa akom faasiqum bi na ba in..."

damak...

Tanpa Nama berkata...

jangan bagi depa masuk dewan tuan speaker

Tanpa Nama berkata...

MB kudeta seperti ibu ayam gila mengeram

safwanhussin berkata...

Zambry kalau berani buat blog la macam Khir Toyo, Che Det. Boleh kami komen puas-puas. Tengok macam mana hang jawab nanti..

Tanpa Nama berkata...

tul..halau je depa tu,ada lagi kuasa speaker yang tidak boleh di pertikaikan.buat je biar sampai DUN di bubarkan,geram betul lah dengan puak2 bangang dari Be End tu,nape lah sultan masih tak nak bubarkan DUN,apa lah yang di tunggunya,mungkin nak tunggu sampai jadi cam Thailand tu kot. atau jadi cam Somalia ke..apa lah nak jadi pada Negeri Perak ni...

Tanpa Nama berkata...

HURU HARA PERAKNI BUKAN SEBAB PR TAPI SEMUA ORG TAULA TOK KETUANYA. JGN NANTI TIMBUL KEMBALI SIPUTUM!

Unknown berkata...

Depa ni nampak bijak, tapi kita mesti lebih bijak dari mereka. Mahkamah hanya kata keputusan Speaker hari tu batal,buatla keputusan hari lain, Zambry dan 7orang xleh masuk juga atas sebab2 yg depa xleh nak lari lagi.
Yang pasti Speaker punya "hak istimewa" dalan DUN menurut perlembagaan