PARIT BUNTAR : Saya merancang dan bercadang untuk menyaman pihak yang tidak bertanggung jawab memfitnah saya sehingga menjejaskan kdrebiliti dan maruah saya sebagai ADUN Titi Serong. Demikian kenyataan rasmi dari ADUN Titi Serong di Pejabatnya lewat petang ini.Drs. Khalil berkata dia telah berbincang dengan peguamnya untuk melakukan segala langkah yang perlu bagi membersihkan namanya yang telah tercalar sejak akhir-akhir ini dengan fitnah yang tidak berasas oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Antara perkara yang sedang diambil kira ialah penyebaran risalah yang mengaibkan dan memalukan disebabkan tuduhan yang sangat berat tanpa ada sandaran dan bukti yang telah disebarkan di Bukit Gantang semasa kempen Pilihanraya Kecil berlangsung. Sehubungan dengan itu katanya dia akan menyegerakan tindakan membuat satu laporan polis dalam masa yang terdekat terhadap risalah itu.
"Saya hampir dapat mengenal pasti individu yang terlibat dan jika telah lengkap buktinya serta bila saya merasakan langkah ini adalah yang terbaik untuk menghentikan kerja buruk tersebut serta dapat membersihkan nama baik saya, saya akan bawa kes ini ke mahkamah" Kata Drs. Khalil.
"Dalam Agama kita ada hukum halal dan haram yang sudah cukup mengajar siapa saja menjadi orang yang taat kepada agamanya, begitu juga dalam negara kita ada undang-undang yang boleh mengajar pihak yang cuba menabur fitnah dan mereka cipta sesuatu tanpa bukti yang tidak berpijak dibumi nyata."Kata Drs.Khalil mengakhiri kenyataanya.
Salam.....
BalasPadamSaman jer Drs. Jangan dibiarkan org mcm tu.
salam
BalasPadamye betul, jika di diamkan takut makin menjadi2 fitnah tu..
fitnah di angap perkara biasa. sedar kah mereka angkara fitnah kesan nya amat buruk sekali.ia nya bolih mencemarkan marwah dan nama baik seseorang.dan bolih memporak peranda kan masharakat dan negara.dengan di mbawa ke mahkamah dan di adili tu jalan terbaik.
BalasPadamcepat bertindak....jgn biarkan duri dalam daging....
BalasPadamfitnah apa? maaf, tertinggal bas ler saya..
BalasPadamaukauk88.
tapi sebelum tu kene tengok diri dulu sebelum bertindak...
BalasPadammungkin ader sebab kenapa mende nih berlaku...
Semoga semua kebatilan dapat diatasi...
BalasPadamSeolah2 skrg virus (UMNO) melanda kepimpinan PAS semua peringkat... merebak mengalahkan virus H1 N1... Tambah2 lagi dgn tambahan perasa ajinomoto oleh MEDIA2 UMNO....
Semoga kesusutan dapat diatasi
salam,
BalasPadamudah2 le, nampak gaya cam nak cari glamer je selepas kalah aritu..baik muhasabah diri kenapa tak dilipih..dari sibuk raih populariti...
Bersetuju agar menjadi teladan. Kalau dahpasti teruskan aje.
BalasPadamKalau yangn melakukan itu kawan teruskan juga supaya diajar "gunting dalam lipatan" perlu dikeluarkan agar tidak berterusan menjadi ancaman kepada mana-mana pihak lain.
tanpa nama 11:12am, glamer kepala otak hang, tuduh orang makan duit haram siapa tak malu, hang kut salah seorang dari nya.....pemerhati politik PB.
BalasPadamDrs,Dalam diam ada api dalam sekam.Ada gunting dalam liputan.Demi maruah diri dan famili saman adalah wajar utk mengajar "si kuramg ajar".Semoga mereka dapat berekomomi dalam tindak tanduk mereka. Nona Ratana Chulaborn.
BalasPadamsuka hati ustaz la, kat dunia ni mana ada orang yang disukai oleh semua orang.
BalasPadamsaya sokong saman ja ust. Tapi kenapa sekarang baru nak saman, lepas prk Bukit Gantang dulu kenapa tak saman.
BalasPadamSatu lagi, tunjukkanlah risalah haram tu dalam blog ust., supaya kami dapat nilai.
Kalau tak tengok risalah tu, ramai yang akan kata ust. cari populariti sebab kalah baru ni.
Ust kena telus, ramai yang nak tahu sebab apa ust. kalah.
kp cht ibol,
BalasPadamsaya rasa YB pun cukup sedar yang tiada orang yang akan disukai oleh semua. Tambah-tambah lagi dengan adanya komen-komen yang mengutuk dan menghina.
Bagi saya, tindakan menyaman ialah sebagai pengajaran supaya seseorang itu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dengan kata-kata, lebih-lebih lagi yang melibatkan maruah dan integriti orang lain.
Kami pun sebenarnya tak tahu apakah fitnah yang dilempar pada YB. Apapun, fitnah adalah sesuatu yang berbahaya.
Tak disukai tak mengapa tapi janganlah fitnah mengfitnah.
BalasPadamKalau sudah jelas siapa yg melakukannya baiklah disaman.
ust, kawan-kawan saya ada bincang pasai ust. kata ada orang fitnah ust. Demo kata ust. buat gitu sebab ust. nak tutup kemaluan ust kalah.
BalasPadamDemo juga gitau kalau ust. jujur sepatutnya ust. dah saman masa pilihanraya kecil dulu.
Demo juga kata ust. ada masalah lin bukan sebab orang fitnah ust.
Demo minta ust. tak payah la cari populariti dalam blog ust.terima ja kekalahan dengan redha
Banyak demo gitau lagi masalah ust. nak tulis banyak-banyak pun nanti takut ust tak publish