21 April 2009

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru.

Oleh : Hamdan MS

KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. Siasahdaily.

14 ulasan:

Modern Talking berkata...

comel ler Elizabeth wong ni bila memakai tudung
hehehe

Tanpa Nama berkata...

Betul ke ada cakap-cakap dari YB Selangor, mengatakan Elli akan masuk Islam??

Kalau dia masuk Islam, buka saja gambar yang kontroversi, tatapi segala amalan sebelum ini akan dilupuskan. Elli bersih bagaikan seorang bayi yang baru lahir.

JKR 11

Idham Lim (林川興) berkata...

Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja, bukan juga untuk Arab walaupun nabi berbangsa Arab namun sifatnya adalah "lil alamin", IsyaAllah hidayah itu milik Nya jua.

Tanpa Nama berkata...

BILA SITI LAWAT TOK GURU...APA BN KATA?
BILA AMY NYANYI DEPAN TOK GURU...APA BN KATA?
BILA ELI JUMPA TOK GURU...APA BN KATA?
BILA NGA KOR MENG BACA QURAN...APA BN KATA?
SEBENARNYA MEREKAPUN DAH MALU NAK KATA APA2 HANYA MEDIAJE YG MEMAIN LIDAH BIAWAKNYA...

ADIL pada tempatNYA berkata...

Muslimat-muslimat PAS harus menunjukkan contoh tauladan yang baik serta bergaul penuh mesra kepada YB perempuan pakatan rakyat yang bukan beragama Islam.

Barulah sinar ISLAM berkembang dengan lancar.. Kita beruntung dengan situasi yang berlaku ini.

Semua pendokong pergerakkan ISLAM harus menterjemahkan dakwah islamiah ini

Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ALLAH MAHA KAYA..

Hang pa tak happy ke!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ADIL pada tempatNYA berkata...

Ketua2 muslimat pas tunggu apa lagi gi la berkawan dan berdakwah dengan YB PR non muslim. Tonjolkan cahaya ISLAM tu....

TAK SUKA KE.......

CEPAT...

Tanpa Nama berkata...

Dia ni masih bercelaru lagi dng Islam had hari. Islam umNO lagi teruk, Islam 'bekas2' umNO yg dikelilingnya tu macam mana? Harap2 dng Islam sebenar jadi ales klar.

Tanpa Nama berkata...

Cabaran orang Islam...

1. Ramai pengkhianat agama cuba membawa watak baik untuk mengeliru dan mengabui mata masyarakat Islam

2. Manusia apabila tersepit sanggup melakukan apa sahaja yang boleh menguntungkan dan menyelamatkan diri.

3. Aku benci manusia hipokrit

Nadzri Hamzah berkata...

Berdoa semoga ALLAH membuka pintu hatinya...
Bukankah Islam itu menganjurkan keamanan dan kedamaian

Amin

Pesanan Buat Diri berkata...

UMno yang tolol dan bengong tu rasa melayu jah yg islam, cina, india ni anti Islam. Kepala hotak dia, dia sebenarnya yang menjahanamkan islam, dia nak tuding DAP sebagai anti Islam

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dgn izin.Pada tanpa nama 4/20/2009.7.52 am.Eli menghargai simpati yg diberi lalu Tuan Guru beliau ziarahi.Lantas tingkah Eli dianggap hipokrit.Aduhai..adakah sdra maksum teramat baik.Tentang hidayah! Siapakah kita hendak mendahului ALlah? Seada nya sekadar bertanya. Nona Ratana Chulaborn.

Unknown berkata...

Salam... Jika Pemimpin bersumberkan Al-Quran dan hadis sahih.. terjaga akidahnya... nescaya akan ramai lagi yang berminat nak masuk islam.

tapi sekarang bila tengok tv... banyak program2 hiburan dan ramai pulak wanita2 melayu yang gedik sambil menayangkan lurah gunungnya.

Apa cerita beb!!... adakah ini satu keperluan media bagi mendapatkan tontonan yang ramai.

Bila tengok majalah mangga... hampeh... gebu2 beb.

>>>Budak Kampung<<<

anjang berkata...

pesanan buat diri, Walaupun Umno tu selalu mengeluarkan kenyataan seolah-olah Islam itu milik Melayu dan Arab sahaja, lihat MB Perak. Beliau keturunan India beragama Islam.

Paling dekat di sini, lihat saja contoh YB Lim ini. Lahir saja dalam Islam tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu Muslim yang baik.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..mudah-mudahan org2 bukan islam di luar sana akan melihat bhw islam itu adalah agama yang terbaik dari semua aspek.Dan kita pula sebagai orang yang beragama islam, hendaklah sentiasa menampilkan diri kita sebagai contoh teladan yg baik kpd bukan islam baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.