25 April 2009

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

IPOH, 24 April : - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert ?Sure Heboh?(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. Harakahdaily.

6 ulasan:

abdulhalim berkata...

Nak heran apa? Sekarang Jom Heboh barangkali dah halal atau perkara berkaitan haram halal dah basi semenjak ufti dah diberi senarai tugas baru iaitu memantau hal-hal berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan sejak YB Nga Kor Ming (Adun Pantai Remis) baca al-Quran. Heh... heh...

MAMAK TEH TARIIK berkata...

sape tersenyum manis makan selahap2nya tapi penakut dalam diam?

Tanpa Nama berkata...

Drs.Sewaktu awal awal dulu nampak takzim sungguh MB kudeta menziarahi Sahibul Samahah Datuk Seri Mufti.Sekarang tampa silu membelakamgi fatwa yg telah digazetkan.Dgn izin bukan utk mempersendakam darah keturunan nya namun tindakan nya "bagai kacang lupakam kulit". Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Sure Heboh@Jom Heboh Haram -Mufti Perak: Itu sebelum kudeta

Jom Heboh dah boleh di Perak ..mungkin ada fatwa ..harus sani

Jangan heran.. Mufti tu "Ketuanan Melayu" ada saham menyelamat kudeta mengguling PR, tolong hukum jika bantah sultan jadi...derhaka. Maka derhakalah Nizar dan juak-juaknya...! Pantang melayu derhaka, Jadi apa herannya. Sekarang ni kerajaan ketuanan melayu bukan islam apa herannya...! Pejabat agama dan Jabatan Mufti? apa kuasa yang ada..akurnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) juga dan siapa SUK itu....! Pengetua dan penasihat Kerajaan KUdetakan...! malah bertindak sebagai speaker DUN. Boleh halang DUN kerajaan bersidang dan boleh tutup Dewan mesyuarat DUN dan pagar PSUK.Pk dari dihadiri oleh Ahli dewan yang pilih oleh rakyat.

Jadi apa herannya jika mufti mendiam diri..Orang Melayu kini tak boleh lekang dengan hiburan nanti hulang ketuanan melayu....!

suratkhabarlama berkata...

Diharap dgn adanya Jom Heboh ni akan mempercepatkannya jatuh kerajaan kudeta ni..kalau tak silap teman, sebelum pilihanraya 2008 dulu sempat juga BN Perak benarkan Jom Heboh diadakan di Ipoh...iaitu selepas beberapa tahun diharamkan oleh Mufti Perak..tak lama lepas tu BN pun tumbang dalam pilihanraya..tapi teman tak tau la pulak kalau Mufti Perak masa tu ada minta doa supaya kerajaan BN tumbang sebab engkar dgn fatwa beliau...hanya Allah yg tahu..

Tanpa Nama berkata...

APA HERANNYA ZAMRI TU BERKUASA DARI MUFTI APA MUFTI BOLEH BUAT. kATA DIA SENDIRIPUN BOLEH JADI IMAM DAN MAMPU MENTERJEMAH/MENTAFSIRKAN ALQURAN; KATA-KATA INI DIA SENDIRI YANG SEBUT. JADI HALAL HARAM DIA YANG TAHU DAN MUNGKIN BOLEH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA RAKYAT..!

JOM HEBOHPUN DIBUAT DALAM KAWASAN DUN DIAPUN..! APA HERANNYA.