13 April 2009

Kes Adun digantung disebut di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kes Pengantungan Zambry dan kuncu-kuncunya akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pagi ini. Demikian satu tulisan memaklumkan perkara itu oleh speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam blognya "suara perak".

Beliau juga mengatakan pada hakikatnya mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes ini. Keputusan untuk mengantung 7 ADUN Perak dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Apa sahaja tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Dewan Negeri atau jawatankuasanya tidak boleh diheret ke mahkamah. Ini merupakan imuniti yang diberikan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita lihat apa yang akan berlaku di Mahkamah Persekutuan esok" tulisnya dalam blog tersebut.

2 ulasan:

Aku Adalah Aku Cicit Cokrodepo berkata...

ada juga pemimpin yg kurang arif terhadao undang2, juga disebabkan nafsu amarah la tu buat mcm tu...

ams_jsj berkata...

salam doc.

oleh kerana terlalu mengikut hati tanpa diimbangi dgn wahyu macam tu la jadinya, mari sama-sama kita laksanakan solat hajat dan doa agar yang benar terus berlaku...