13 April 2009

Nizar dan ADUN PR hadir Majlis Keputeraan Sultan Perak

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan hadir bersama 16 ADUN Pakatan Rakyat lain pada Majlis Peanugerahan Pingat dan Santapan Diraja Sempena keputeraan Sultan Perak pada 19 April ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. ADUN Pakatan Rakyat semuanya diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda itu.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi Mstar.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut. beberapa akhbar internet dan blog menyiarkan berita yang boleh disalah tafsir dalam perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang berbeza ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah mengesahkan jawapan telah diberikan kepada pihak Protokol majlis tersebut iaitu sebanyak 17 ADUN termasuklah DS. Nizar dan beliau sendiri disahkan hadir dan 11 orang mempunyai masalah yang tidak dielakkan dan mereka memberi jawapan tidak hadir.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas dengan majoriti undi sebanyak 2789 undi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

10 ulasan:

Awanama berkata...

Nak pergi tu pergi lah... sekaan baik tu sekaan baik lah... tp harus di ingat! pandai2lah menjaga diri... bila bercakap berhati-hatilah, bila makan jgn sebarang makan... bila tidur jangan sebarang tidur... dalam mee ada udang... kepada Allah kita berserah&belindung... semoga selamat dunia akhirat... renungi kisah altantuya...

Awanama berkata...

DAULAT TUANKU....!

Awanama berkata...

Alhamdullillah. Nampaknya pihak istana no problem dengan PR cuma yang sahihnya pihak unmo bn yang kalut tak tentu pasal macam kera kena belacan. Macamtulah bila umno dah berusia penyakit manopos dan depression pun datanglah. Sama-samalah kita kuburkan umno secepat mungkin. Allahhu Akbar!!!.

coklatputih berkata...

Salam YB, tu la..deme over excited sgt...

Awanama berkata...

DS Nizar dijemput hadir ke Majlis Keputeraan Sultan dengan sendirinya menolak propaganda UMNOBN yang menuduh Nizar sebagai penderhaka. Baginda sultan lebih memahami apa itu 'sembah derhaka' daripada media propaganda UMNOBN yang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan istilah tersebut.

Tinta Hitam berkata...

Saya rasa tiada apa yg istimewa.Jemputan biasa shj pada semua ADUN..

Awanama berkata...

Ala biasa la tu bukan ada apa pun majlis keputeraan semua ADUN dijemput takkan tu pun nak heboh..tiap2 tahun ada majlis mcm tu selagi baginda sihat dah qalu.. ganti nazrin plak.

zizi3131 berkata...

Jawib hadir jika tiada keuzuran atas jemputan orang kemajlis tak kira siapa orang yang menjemput itu ada pangkat atau rakyat biasa

Awanama berkata...

DERHAKA= ITU KATA ORANG UMNO KEPADA NIZAR.
CELAKA = KATA RAKYAT BUKIT GANTANG PADA UMNO.
BONEKA = KATA ORANG UMNO PADA NIZAR.
GULUNG TIKAR= KATA RAKYAT MALAYSIA PADA BN(TEORI R.A.H.M.A.N) akan terjawab pada pilihanraya umum nanti

ayie berkata...

kalau betullah hj nizar derhaka pd sultan dh tentulah dia xkan dijemput...so ini pun dh boleh menjawab propaganda umno bn yg menuduh hj nizar derhaka..pk2lh wahai rakyat perak..