26 April 2009

Pengerusi UMNO negeri orang luar, UMNO makin bermasalah.

Kelmarin Presiden UMNO yang baru, Najib Tun Razak mengumumkan senarai penuh penyandang jawatan dalam UMNO Malaysia . Senarai yang dikemukakan pada dasarnya menampakkan satu usaha untuk memulihkan dan menguatkan UMNO walau diselidik disebaliknya tetap mengundang masalah.

Negeri yang mendapat pengerusi UMNO negeri bukan dari negeri tersebut ialah Terengganu (Hishamuddin), Selangor (Najib), Wilayah Persekutuan (Muhyiddin), Kedah (Shafei Afdal) dan Pulau Pinang (Zahid Hamidi).

Budaya melantik orang luar untuk memegang jawatan seingat saya jarang berlaku dalam mana-mana parti kecuali untuk menyelesaikan beberapa masalah maka terpaksalah ianya dilantik dari orang luar.

Bagi Parti UMNO seingat saya pernah satu masa Dr. Mahadhir pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan dalam usaha untuk merampas Kerajaan Kelantan dari Parti PAS. Begitu juga usaha mengambil balik Terengganu dengan perlantikan Dr. Mahadhir sebagai Pengerusi sehingga Terengganu yang dikuasai oleh PAS pada tahun 1999 telah dapat dirampas pada Pilihanraya ke 12 tahun 2004.

Tetapi kali ini kita menyaksikan semakin banyak negeri yang terpaksa diimport ketuanya dari luar sebagai satu isyarat awal bahawa UMNO juga semakin bermasalah. Masalahnya tidak dapat diselindungi lagi dan menunggu untuk semakin parah.

Alasan saya ialah perlantikan Pengerusi dari luar walaupun yang ditampilkan adalah dari senarai pemimpin tertinggi parti namun ianya menimbul "ribut" dalaman yang sukar dielakkan.

Begitulah satu analisa ringkas yang ingin saya gambarkan dan menyakinkan pembaca bahawa UMNO dalam sangat bermasalah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi boleh ditalkinkan.

Tanpa Nama berkata...

Drs.Masih belum Se"purnama" PM sudah mengundang masalah.Nak mereliasasikan "One Malaysia" Islam Hadhari dah jadi Islam Liberalisasi.Sahibul Samahah Mufti Negeri Perak sudah pun menegor.Mufti Johor bersama.Adakah murka ALlah sudah menunjukkan tanda tanda?Mistake by mistake Najib make. Nona Ratana Chulaborn.

Malaysian berkata...

Mahathir pernah berkata, masih ada pemimpin rasuah dalam Kabinet Najib, dan Kabinet tidak harus melantik pemimpin rasuah, tetapi perlantikan Ali Rustam ini adakah mengambarkan mereka mengingkaran arahan Mahathir?

Adakah mahathir akan buat komen di blognya itu? supaya Ali Rustam digugurkan? ataupun dia hanya perlu memastikan musuhnya tidak wujud dalam pemerintahan Najib? maka kali ini dia pilih untuk tak nampak, tak dengar? macam apa yang dia buat masa kes Lingam Tape itu.

Baca di sini... Ali Rustam Dipilih Sebagai Pengerusi Perhubungan Melaka Lagi? Apa Kata Mahathir?

Abdullah Ngah berkata...

Apabila orang luar jadi pengerusi Badan perhubungan negeri jelaslah umno negeri negeri tersebut sangat bermasalah.

Sepertimana yang berlaku di kelantan. Sehingga hari ini walaupun pengerusinya orang dalam negeri ia tetap bermasalah.

Tun Mahathir pernah berkata, umno akan hancur. Umno sebenranya sudah hancur pada tahun 1988.

Hidup semula atas nama umno baru. Kali ini umno akan hancur sekali lagi atas sebab umno negeri negeri tidak ditadbir oleh orang dalam negeri.

Orang luar negeri walaupun Tan Sri Muhyiddin ke Datuk Seri Hishamuddin ke, Datuk Shafie Afdal ke Datuk Zahid Hamidi ke.

Mereka memang tidak akan dihormati. Tun Abdullah pengerusi Badan Umno pulau Pinang hilang jawatan perdana menteri, hilang juga pengersusi perhubungan.

Ini menunjukkan betapa bencinya Najib terhadap Abdullah.termasuk betapa tidak percayanya Najib terhadap bekas perdana menteri.

Datuk Mohd Ali Rustam tokoh umno yang jelas dan nyata terbabit dengan rasuah diberi kepercayaan lagi menjadi pengerusi umno negeri.

Demikian juga dengan Datuk Seri Adnan Yaakub yang dikatakan sangat kotor, kerana tiga orang kuat negerinya terbabit dengan politik wang.

Bukan setakat itu sahaja, malah tanah milik Umno negeri dijual dan tersangat kontraversial hingga sekarang ini diberi kepercayaan pegang Umno negeri.

Datuk Dr Zambry yang samar samar sebagai menteri Perak telah diberi percayaan memegang Umno negeri.

Ini sudah barang tentu serasi dengan apa yang pernah disebut oleh kebanyakan penganalisis politik umno akan jadi tidak menentu dan haru biru.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai parti politik saya rasa PR harus berhati-hati dengan keadaan ini,pengalaman silam banyak mengajar UMNO buat semua ni utk mengembalikan pengaruh & kuasa mereka...HARUS BERHATI-HATI...maybe ADUN or Org Kuat PR harus lebih banyak turun padang untuk menguatkan pengaruh kita.jgn ikut UMNO dah kena reject baru nak bodek rakyat ..baru turun padang