05 April 2009

Provokasi BN.

Hari ini penduduk kubur berdekatan Kg Berchat Bukit Gantang gempar dengan kain rentang berwarna pas yang tertera slogan ''KAMI MAHU CALON TEMPATAN" yang nyata jelas bukan dibuat oleh penyokong PAS. Sayang saya tidak sempat untuk mengambil gambar tersebut kerana kamera menghadapi sedikit masalah teknikal. Pada petangnya ketika lalu disitu untuk mengambil gambar tersebut, kain rentang tersebut sudah tiada. Sayapun tidak tahu hilang ke mana.

Mungkin telah diambil pihak2 yang bertanggungjawab setelah perkara ini mula heboh diperkatakan. Pelik? Setahu saya selaku penduduk di Parlimen Bukit Gantang, rata2 yang setia kepada Pakatan Rakyat tidak menolak calon luar terutama bila mendengar MB Nizar yang akan bertanding.

Teringat saya pekikan rakyat di padang Kota Jaya ketika pengumuman dibuat. Saya sendiri secara tidak sedar melompat kegembiraan. Wahai penduduk parlimen Bukit Gantang, dengarlah kata2 Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa dia sanggup menyerahkan Malaysia kepada YB Nizar kerana dia mempunyai ciri2 yang dimahukan bagi menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini.

Berbalik kepada cerita kain rentang tadi, BN sudah ketandusan isukah? Hari Isnin ini xtahulah apa pulak yang akan dilakukan oleh Zahid Hamidi yang khabarnya ingin berjumpa dengan guru2 Kafa di parlimen Bukit Gantang. Harap jangan bawa tiga penari berjoget sudahlah...Ini bukan budaya guru Kafa! Atau mungkin dia akan bawa kumpulan nasyid untuk menghiburkan guru kafa? Semuanya akan terjawab hari Isnin ini.

Yang pasti berbagai provokasi Be End(BN) telah berlaku dari mula penamaan calon hinggalah sekarang. Tidak malukah mereka terpaksa membawa FRU ke Changkat Ibol untuk memasang Banner? Ini terang2 sifat bacul ditonjolkan oleh mereka. Petang tadi sempat saya melawat Kg Changkat Ibol. Sesungguhnya saya kagum dengan SEMANGAT PAS CHANGKAT IBOL yang sentiasa menjaga kawasan mereka ibarat memikul AMANAH yang besar. SYABAS penduduk CHANGKAT IBOL! Semoga FRU kenal SEMANGATMU!!!

Naninu Sakun.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Changkat Ibol, di situlah aku mengenali Bukit Gantang, di situlah sahabatku tinggal dan berkampung. Andainya tetap penduduk Changkat Ibol kuat unsur Islamnya, makin kuat cinta kasihku kepada Changkat Ibol. Bukan Changkat Ibol yang ku puja tetapi aku mahukan Islam tetap kuat di kampung halaman sahabatku. Moga Allah berkati Kg Changkat Ibol. Moga Allah terus beri hidayah dan kesejahteraan kepada penduduk Changkat Ibol. Moga jalan politik PAS yang telah mereka pilih itu akan mudah mendekatkan mereka kepada taqarub ilaLlah. Amin. Kepada penduduk Changkat Ibol, pertahankan Islam di tempat anda! - Aiman Rizal

Kekacang berkata...

Calun Tempatan atau Calun Luar, istilah yang biasa digunakan apabila pilihanraya. Hatta penyokong PAS pun kekadang terpengaruh dengan cerita atau isu seperti ini.
Sirah membuktikan, Rasulullah di tolak oleh kaum sendiri, dihormati dan disanjungi di Madinah.
Sejarah Melayu menceriterakan, Parameswara bukan anak Melaka. Sejarah Kesultanan semua negeri Melayu bukannya terdiri dari anak tempatan.
Isu disini bukan anak tempatan, tetapi sesiapa yang boleh membawa kita ke jalan kebenaran, kehidupan yang lebih terjaga, keadilan sejagat dan keredhoan Ilahi.
Hanya orang bodoh yang tertutup dengan Asobiyyah menebal bercerita pasal anak tempatan.
Apalah guna anak tempatan sekiranya banyak berjahat, banyak berbohong, banyak bermaksiat, banyak makan rasuah dan pelbagai banyak - banyak lagi