10 April 2009

Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin UMNO sebelum 50 tahun dulu. Emm.. memang UMNO tak hendak kepada Islam.. nak buat mcmmana kan? Itulah UMNO = ta'assub Melayu.. Islam hanya untuk orang Melayu dulu kini dan selamanya.. Kiranya masyarakat non-Muslim di Malaysia ni telah didakwah semenjak 50 tahun dulu melalui PM dan Menteri, saya yakin bilangan cina dan india Muslim dah melebihi 50% dari bilangan mereka. Jadi tak timbullah isu tanah ke.. isu jadi PM ke.. isu kahwin ke.. dan lain2. W. Allam.

Mari kita teruskan dakwah kita!! T. kasih Us. Idham.

ZAMRI kecik's berkata...

minta sahabat2 masuk portal ni.tolong jawab sikit kat depa yang tak reti2 tu...

http://www.muslimconsumer.org.my

Tanpa Nama berkata...

Tahniah,kerana orang bukan islam sudah mahu ambil tahu tentang kemulian Islam.Semoga Allah membuka pintu-pintu hati orang bukan Islam yang telah membuka hati untuk faham Islam.Amin

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah, saya sedih dgn komentar2 yg dibuat oleh so called cerdik pandai melayu.untuk YB Nga, jika niat anda betul, anda x perlu risau dan gusar..hiraukan mereka2 yg celik matanya, tp buta mata hatinya terhadap saudara2 bukan islam yg tahu menghargai islam!!!

doublea berkata...

Ya Allah...
saya selaku mahasiswa berasa pelik dengan sikap MUSLIM yang begitu PANTAS BERTINDAK apabila ada usikan yang dilakukan oleh pihak Non-MUSLIM (spt YB NGa Kor ming).

Kalaulah ini tindakan kita sampai bila usaha kita nak mengajak masyarakat non-muslim untuk Ambil TAHU pasal ISLAM akan jadi kenyataan...

Kalau nak ikut dalam media....takat nampak yang tak elok sahajalah... (sebut melayu islam.....cerita cerai berai..masalah sosial...rogol...rompak....degil cakap mak ayah...hedonisma)...

Tolonglah orang ISLAM ku...

Sanggupke nak jawab di akhirat nanti...
Ah Chong ditanya....-Apa pasal kamu tak menyembah ALLAH??-
Jawapan Ah ChonG: TAkde sapa pun ajak aku untuk mentauhidkan ALLAH...

dah tu jarinya dituding ke arah kita.....
masa tu kita nak jawab apa???....
Wahai bangsaku....jawab...jawab...jawab...

TAk perlu lah kita jadi bengap dan lembab...tentang bagaimana nak ajak orang non-muslim tahu pasal ISLAM...

Bukalah ruang....
Berilah peluang....
Tunjukkanlah jalan....

Pada ALLAH jualah segala keputusan...

ameen...

pokteh berkata...

Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

Tanpa Nama berkata...

Buat YB Nga, saya tersentuh bila membaca warkah dari tok guru, pada perkiraan saya YB harus membezakan antara Melayu dan Islam, harus dipisahkan Melayu adalah Melayu tapi Islam untuk semua. Agak malang kerana Islam baka bertebaran di bumi Malaysia ini maka jadilah apabila Melayu dia Islam, tapi adakah melayu yang mengaku islam itu melaksanakan setiap suruhan islam dan tambahan lagi kini bukan semua melayu malaysia ini Islam, kenapa jadi begitu? Kerana mereka menjauhkan diri dari kitab Al-quran yang menjadi panduan buat orang Islam. Allah menurunkan kitab Al-Quran untuk semua umat manusia, kerana itu Yahudi dan Nasrani mengaji dan mengkaji Al-Quran dan mereka mendapat begitu besar manafaat dari Al-Quran. Teruskan usaha YB

Tanpa Nama berkata...

"inilah politik"

Apabila sekumpulan menyatakan "A" wangi,
sekumpulan berlawanan akan mengatakan busuk.
KUDA TUA ATAS URAT, memerhati dari jauh,

WAHAI ORANG-ORANG MELAYU/ISLAM (adakah org melayu, kristian, budha , hindu?)kamu haruslah
bersatu, nanti akan kehilangan bermacam macam lagi,walau pun menang berpolitik.

Nick Chan Abdullah berkata...

Ingat tak cerita Bilal Islam pertama yang di pilih oleh Rasullulah s.a.w ? Sebutan dia tak betul awal2nya. Bila di tanya kepada Rasullulah s.a.w., di jawab , kepada Allah, sebutannya bermakna yang sama. Wallahulam

Sebelum saya masuk Islam, saya ada cincai2 "nyanyi" azan bila berkumandang di TV. Kalau polis tangkap saya masuk penjara, apakah saya akan masuk Islam?
Wallahualam

Jangan lah kita bersikap taleban dan fanatik!

Tanpa Nama berkata...

islam untuk semua kan, org umno tak leh kata islam untuk melayu je. pas pun tak leh ngaku islam untuk melayu pas je. nabi membawa ajaran islam kepada smua umat manusia tak kira le islam ke kapir. Jadi kalau ada orang bukan islam yang baca dan terjemah alQuran ok le tu, pasai nak bagi tau kat orang islam apa yang ada dalam alQuran. Mungkin org2 umno dan sebangsa ngan nya rasa tercabar dan terhina kut pasai org bukan islam nak guna pakai AlQuran.