01 Jun 2009

Esok :Puasa sunat dan Himpunan aman bubar DUN

Bersempena dengan Himpunan Aman yang di arahkan oleh Sekretariat pakatan Rakyat Perak, maka dengan ini saya berseru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat Perak khususnya yang berada di Negeri Perak, dan tidak terkecuali kepada yang berminat di seluruh Malaysia untuk kita melaksanakan ibadah puasa sunat hari Isnin.

Pada Waktu maghribnya satu Majlis Tahlil dan Berbuka di adakan di markaz yang ditentukan oleh PAS kawasan masing-masing. Sehubungan dengan itu untuk DUN titi Serong diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong bermula pada jam 6.45 petang.

Acara Selepas berbuka dan Maghrib ialah Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya berjemaah akan diadakan solat hajat.

Akhirnya sekali ialah majlis taklimat Isu-isu semasa oleh ADUN setempat dan ketua-ketua parti yang hadir.

1 ulasan:

putraminang berkata...

InsyaALLAH semoga ALLAH mendengar dan memakbulkan permintaan kita yang dizalimi ... Ameen