31 Mei 2009

Fatah Harun bidas Ibrahim Ali

Pengarah jentera Pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, Abdul Fatah Harun menyelar kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang dilihat cuba untuk menyatakan sokongan kepada Umno apabila mengeluarkan kenyataan yang sinis terhadap parti yang diwakilinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Jika betul kenyataannya itu, saya minta Umno atau Barisan Nasional (BN) 'menggunakan beliau sebaik mungkin' untuk berceramah di Manek Urai. Jika BN sendiri mendengar idea atau pandangan beliau, BN sendiri akan terperangkap.

"Kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh rakyat Kelantan. Rata-rata pandangan masyarakat melihat sudah banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan. Begitu juga dengan kawasan Manek Urai yang kita lihat sudah banyak perubahan pembangunan yang berlau," tegas beliau sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu, dalam kenyataannya menyatakan Pilihan raya kecil Dun Manek Urai adalah landasan terbaik kepada Barisan Nasional (BN) mendedahkan kelemahan PAS mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Beliau juga menyatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri itu, sebaliknya PAS berselindung di sebalik kelemahan Umno untuk meneruskan kelangsungan parti itu di Kelantan.

Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan.


(Berita asal Harakahdaily)

5 ulasan:

anakjatiperak berkata...

Berahim ali ni memang talam dua muka paling hebat abad ini.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ini salah satu ijtihad tok guru nik aziz yg agak kurang tepat dlm membuat keputusan memilih calon pasir mas...
saranan beliau supaya kelab penyokong dinaik taraf menjadi taraf dewan,harus diteliti dgn lebih mandalam kerana nizham perjuangan islam mungkin akan terganggu dalam perlantikan kepimpinan nanti.

hal ini kerana urusan perlantikan pimpinan hanyalah di kalangan orang Islam...kalau kelab penyokong dinaik taraf,hmm pk la sendiri...kalau pada waktu ini pun jamaah islam pas dah bergelut dgn sesetengah pimpinan dan perwakilan yg begitu sinis dengan ulama',apa lagi bukan islam...????

angah berkata...

salam YB..

semenjak dari PAS menberi laluan kepada katak ali bertanding di Pasir MAs saya sudah menjangka si katak ini akan menbuat hal...
itu satu kesilapan

Abdullah Ngah berkata...

Sesiapa yang tidak mengaku yang dia silap dan pernah melakukan kesilapan ianya jelas dan nyata bercanggah dengan apa yang ditentukan oleh Allah.

Salah Rasulullah SAW diturunkan ayat Quran larang dan suruhan.

begitu juga kesilapan PAS mmberi Ibrahim Ali bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Bukan Nik Aziz seorang yang silap. Juga bukan Husan Musa seorang yang silap. PAS buat silap. Syura PAS juga buat silap, kerana stuju dengan cadangan PAS Kelantan.

Kesilapan yang PAS buat ada hikmatnya. Oleh itu jangan kutuk mengutuk satu sama lain, kerana tindakan tersebut akan jadi buruk.

Harapan saya cari jalan untuk memperbaiki kelemahan yang ada didalam PAS supaya jadi sebuah parti yang benar benar kuat.

Lebih lebih lagi Umno sudah lemah sebagai alternatifnya PASlah merupakan sebuah parti yang boleh diharap untuk menjaga rakyat negara ini.

Hendak harapkan umno para pemimpin sudah lama jadi pagar. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Oleh itu janganlah gundah jika Ibrahim kata apa apa kepada PAS, kerana itulah kemampuan yang pas dapat lakukan di Kelantan sepanjang 18 memerintah.

Demikian juga Umno. Umno memang sejak dari dahulu lagi tidak mampu memerintah negara.Umno mampu buat duit. Kumpul harta banyak banyak.

Sebab itu para pemimpin Umno tidak kisah pasal pendatang haram yang datang kenagara ini. Mereka dapat buat duit.

Mereka tidak kisah pasal kemasukan pelacur asing, kerana mereka dapat duit. Mereka juga tidak kisah kemasukan dadah kenagara ini asalkan mereka dapat duit.

Bukan itu sahaja malah para pemimpin sanggup buat apa sahaja, termasuk gadai negara ini asalkan dapat duit.

Anda mungkin belum lupa dengan kata Ku Li bahawa umno adalah pengkhianat bangsa Melayu.

Kita harap para pemimpin jangan jadi macam para pemimpin Umno apabila ditakdirkan memerintah negara ini nanti.

Kita bimbang dengan ahli pas yang jadi musuh dalam selimut. mereka sanggup buat apa sahaja untuk menghancurkan PAS.

Pasal Ibrahim Ali jangan susah hati. Semua orang kenal feelnya.Orang PAS kena jaga agama. Jika tidak dijaga agama maka samalah dengan orang Umno.

Tanpa Nama berkata...

berahim ali memang tak sedor dek untung...