27 Mei 2009

Gambat OKT puasa dan mogok

Gambar ADUN dan MP yang kena tangkap, 14 orang mereka bergambar kenangan di IPK Ipoh sebelum dibebaskan 4.30 petang kelmarin.

7 ulasan:

Budak Silver village berkata...

Salam semua.... Ni Zamry mamak ckp...!
aku geram jer baca....!
Beliau berkata mogok lapar itu juga merupakan antara satu daripada siri taktik pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dunia untuk menggambarkan seolah-olah keadaan politik negeri ini tidak akan tenang.

Katanya matlamat pembangkang hanya satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang tidak aman dan stabil di Perak.

"Bermacam-macam helah mereka gunakan termasuk yang terbaru sekali mempergunakan bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya menyaman kerajaan negeri.

"Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi muslihat mereka. Biarlah mereka...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan anggota veteran Umno di Bangunan Umno Perak di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mogok lapar pembangkang dan juga penahanan 14 orang yang berarak dari Wisma DAP ke Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Pakatan pembangkang DAP, PKR dan Pas hari ini melancarkan kempen mogok lapar dan puasa sunat 72 jam di Wisma DAP di sini bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata beliau berharap rakyat dapat menilai sikap sebenar pembangkang berikutan tindakan mereka mencetuskan kekecohan.

"Tetapi saya yakin tindakan mereka ini akan kena pada batang hidung mereka sendiri kerana lama-kelamaan rakyat menjadi semakin meluat dengan perangai mereka yang sentiasa menimbulkan kekecohan," katanya.

Terdahulu, semasa ucapannya Zambry menyeru anggota veteran Umno menggembleng tenaga membantu parti itu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai semangat perjuangan Umno.

"Anak-anak muda kini semakin lupa jasa-jasa Umno. Justeru kita mesti berbuat sesuatu dan orang lama seperti veteran amat sesuai membimbang mereka ini," katanya.

Tanpa Nama berkata...

ape nak jadi Perak...nak solat, masjid/surau kena tutup..nak puasa kena tangkap...dunia akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

INILAH WIRA PERAK YANG BERJUANG KEADILAN

Tanpa Nama berkata...

nak puasa kna tangkap,pakai baju hitam kna tangkap,beli no ekor tak tangkap,tengoklah simpang empat hutan melintang parlimen dato zahid hamidi penuh je kedai judi,ok je tak tangkappun

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung berkata...

jasa perjuangan UMNO?? banyak laaaa!!

Ubaid Madani berkata...

teman dah bersedia nak buka posa di IPK khamis ni,kome cmna rasa?

Tanpa Nama berkata...

ye jasa umno pada rakyat...tangkap tanpa bicara,tutup mulut para ulama',dan macam2 ado...ada orang kata kat saya..'hah,awak sekolah tu,duit sapa?duit kerajaan BN...CEH..ingat duit mak bapak dia buat sekolah tu..kan duit rakyat..dia ingat ahli umno ngan BN jer yg bayar cukai?lupa diri!!hancurlah BN DAN UMNO

ISMAIL,BP