27 Mei 2009

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 26 Mei : - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian. Harakahdaily

4 ulasan:

mohd berkata...

saya begitu risau dgn berita ini.din tantawai and azmaz safawi di lihat sebagai org yg akan membawa pas menuju kebelakang bukan ke hadapan.

kami pemuda pas dikawasan kami memang kenal dgn dua pemimpin pas ini, terlalu ber retorik dan satu hala.kena tunggu dan lihat perkembanagn seterusnya.

approach mereka terlalu keras dan kami sendiri pun takut menghadiri program dalaman mereka.bayangan yg bukan ahli, mereka suka mempelekahkan golongan yg bukan aliran agama.

memang kami risau.

muryadi berkata...

mohd,

Dlm dunia cyber ni, pengenalan diri terlalu kabur, entah ye entah tidak kamu ni pemuda pas.

Kemudian menulis kononnya mewakili "kami pemuda pas". Sila beri secara terperinci siapa diri sdr dan cawangan mana?

Sy sedikit pun tak mempercayai kenyataan kamu tu.

Tanpa Nama berkata...

jangan cakap main belakang.. ni bukan orang PAs. pi cakap dengan dia molek2, depan2... contohnya "kami tak suka cara ust. nasaruddin dan azman"... saya pun kenal dia.. dia hati terbuka dan baik orangnye.. ajak bincanglah. Tak yah nak celoteh2 banyak..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ustaz din dan ustaz Azman, teruskan perjuangan kalian, jgn biarkan anasir2 negatif dalam Pas...........