12 Mei 2009

Nizar Menteri Besar sah Perak

kemaskini 4.30pm : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.Malaysiakini.

60 ulasan:

  1. Allah sentiasa bersama orang yang sabar...Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. TUNGGU APA LAGI ZAMBRY KUNTA KINTE.
    BERAMBUSLAH
    AJAK KAWAN SUK (ATAU PUK...) KAU JUGA.

    BalasPadam
  3. takbir syukur alhamdulillah ....

    BalasPadam
  4. alhamdullilah......

    PR Menang.....
    Kebenaran pasti akan menang.....

    takbir....

    BalasPadam
  5. Tahniah Ir Nizar.. PR kena lebih berhati2 dan mengatur strategi untuk PRU13 nanti.

    >>>Budak Kampung<<<

    BalasPadam
  6. Syukur Alhamdulillah. Bagaimanapun Nizar dan rakan-rakan perlu mengadap Sultan untuk dibubarkan DUN dengan segera. Sementara itu mintaklah perintah injunction utk sekat Speaker Haram sbb Speaker Haram pasti akan panggil sidang DUN pada bila-bila masa nak buat undi tak percaya pada Nizar pulak. Ini pendapat 'layman' aku la..tapi loyer dia mesti ada idea baguih lagi..

    BalasPadam
  7. Tanda2 kebesaran Allah S.W.T. Saya bersyukur dapat menyaksikan perkara ini dlm hidup saya. Allah Hu Akbar!

    Agak2 lepas ni boleh pecat ke SUK yang derhaka dan khianat tu?

    BalasPadam
  8. Zambry mencatat rekod baru sebagai MB perak yg paling singkat tempohnya 3 bulan je hehehe

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, nizar menang.
    umno bn nak kata ape lagi lepas ni.
    jumpa di taman melewar malam ni!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah,,,
    Ana nak buat sujud syukur...

    Alfaridi JB

    BalasPadam
  11. "Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan mennolong kamu dan menetapkan pendirian kamu...
    Takbir... Allahu Akbar...Wa Lilahilhamd..

    BalasPadam
  12. PECAT SUK !! Hehe.. :D buat keje x betol SUK tu.. haha..

    BalasPadam
  13. Haha .. Zambry Al-Harami, kenapa tak cepat-cepat panggil polis (pakai kot) usung hakim tu keluar, dan gantikan dengan Hakim lain .... Mana plan B kau.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah...tengah tunggu habis office hour terima berita gembira ni...tengok apa respon golongan sombong merampas kuasa secara haram tu semua

    BalasPadam
  15. ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

    BalasPadam
  16. he3....mjunjung kasih tuanku

    BalasPadam
  17. hye zambri???
    hg blik PANGKOR jual kopok lekor dh la...

    BalasPadam
  18. alhamdulilah..

    si zambri hitam legam terbukti hatinya pon hitam..

    semuga ir nizar terus beroleh kejayaan..

    BalasPadam
  19. BN berjaya tukar speaker, jadi usul undi tak percaya akan berlaku juga.Apa seterusnya???

    BalasPadam
  20. Ya Allah... Kau telah tunjukkan kekuasaanMu
    Namun sebahagian hambaMu masih tidak dapat berfikir merenung perancanganMu...

    BalasPadam
  21. Taniah & Harap MB Nizar Pecat dulu sebelum bubahkan ADUN negeri Perak si Setiausaha negeri Perak yang menyalahguna kuasa tu.... geram betul...

    BalasPadam
  22. Takbir!!!Allahuakbar!!! Alhamdulillah!!!Astagfirullah!!

    Harap-harap watak2 yg lebih sudu dari kuah di ofis SUK tu bertaubat. Jangan malu mengaku salah no.. he he he. Agak2 apa depa nak buat..

    BalasPadam
  23. KeADILan Kuala Kurau5/11/2009 4:59 PTG

    SYUKUR ALHAMDULILLAH...
    YA ALLAH YA TUHANKU KAU LA YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, SESUNGGUHNYA ENGKAULA TEMPAT KAMI BERLINDUNG DAN ENGKAULA TEMPAT KAMI MOHON PETUNJUK..
    TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA ENGKAULA KEBENARAN TERBUKTI, SESUNGGUHNYA ORANG YANG SABAR AKAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SWT.
    YA ALLAH YA TUHANKU AMPUNI LA DOSA ORANG-ORANG YANG TEALH MENZALIMI, DAN LINDUNGILA ORANG-ORANG YANG TELAH DIZALIMI, HANYA ENGKAULA SATU-SATUNYA YANG MAHA BERKUASA, MAHA PENGASIH MAHA PENGAMPUN..

    AMIN...

    BalasPadam
  24. KAMI AHLI2 PAS KG KUBANG JULUK NAKA KEDAH MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH DAN TAKBIRRRRRRRRR. TAHNIAH DATO' SERI NIZAR DAN SEMUA AHLI PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
  25. Chitt... Ada ka orang panggil nama dia sama dengan nama aku. Aku punyala susah main bola, dribble sana sini, senang-senang je ko nak amik nama aku. Cilaka punya orang. Engkau & 6 Jahanam engkau, get lost from MB's Office. MB aku nak masuk hari ni gak. Rumah MB pun kasi kosong. Kereta yang kau lelong, semua kau kena beli sendiri. Kat akhirat, itu ko jawab la kat tuhan nanti.

    BalasPadam
  26. Yang Halal itu nyata, dan yang Haram itu Nyata. Kini ternyata DS Nizar MB yang Sah, dan DS Zamry MB Batil.

    Saya harap jangan ada tindakan balas dendam. Jadilah seumpama sewaktu Nabi masuk ke Kota Mekah, Allah turunkan ayat mengingatkan..

    Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. / (3)

    An-Nasr

    BalasPadam
  27. syukur..yang benar itu adalah benar manakala yang batil tetap batil...rupanyer ada juge manusia yang menjadi hakim d malaysia... besalahan andaian yg telah dibuat anaku yg darjah 6 ,katanyer...abah tak perlu pening2 memikirkan kes mb perak kerna keputusan dah tentu amno menang...ialah budak apa yg dia tau!

    BalasPadam
  28. SALAM...AHLI PAS KUBANG JULUK NAKA MBERSYUKUR....SUK BOLEH BELAH..ZAMRI TUNGGU APA LAGI. TAHNIAH DATO' SERI NIZAR...TAKBIR

    BalasPadam
  29. bagaimana pula dengan pembubaran dun? adakah akan diadakan pilihanraya kecil di 3 kwsn yg adunnya meletak jawatan sahaja atau seluruh perak sebagaimana yang disyorkan oleh ramai pihak?

    BalasPadam
  30. berhati2lah, sebab si zamry kunta kinte duk rancang nak guna speaker haram pulak lepas nie...semoga Allah bagi hidayah kat sultan azlan n anaknya utk bubarkan dun....sama2 kita doakan.

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah. Saya masukkan catatan ini dalam blog saya YB...

    BalasPadam
  32. Kalau saya ada di Ipoh, Sekarang juga saya pergi halau Zambry dan balacinya dari pejabat SUK

    BalasPadam
  33. BALIK NGUDI PENGKALAN HULU LA KAWE...........

    BalasPadam
  34. SALAM PERJUANGAN...KEBENARAN TETAP AKAN DATANG...KEBATHILAN PASTI AKAN HANCUR..KAMI PENDUDUK KG KUBANG JULUK NAKA BERSYUKUR ATAS KEMENANGAN INI..HANCUR UMNO..MAMPUS SUK.

    BalasPadam
  35. Drs,Mohon diconfirmkan benarkah pejabat SUK negeri Perak telah ditutup mengejut selepas Ir Nizar di istiharkan menang.Tidak wajar terjadi penjawat awam harus terus kekal berkecuali.Ataupun adakah ini arahan SUK? Nampak sikap nya nak berkonfrantasi tak habis habis.Penjawat awam negeri Perak buat petition ramai ramai biar SUK ini di "pool"kan di JPA. Tak sudah sudah nak menyusah. Nona Ratana Chulaborn.

    BalasPadam
  36. tahniah dan teruskan perjuangan

    BalasPadam
  37. ANAK KOMANDO REJ 15/11/2009 5:11 PTG

    ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH TAALA. SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA BERSAMA2 ORANG YG SABAR...DAULAT TUANKU!

    BalasPadam
  38. nizam batu kurau5/11/2009 5:11 PTG

    Takbir!!! Alhamdulillah DS NIZAR masih MB yg sah teruskan usaha untuk bubarkan DUN..kami diperantauan akan balik mengundi..

    BalasPadam
  39. Alhamdulillah....
    Allah dah perkenankan doa aku...

    Nak tanya ni.
    Apa status speaker Sivakumar?
    Bagaimana status Zamry dan DUN yang tak boleh hadir/masuk DUN tu?
    Boleh ke diorang masuk dalam DUN nanti?

    Takut ni, takut diorang pakai laluan tu pulak nak tendang Nizar.
    Tolong bagi penjelasan sikit bagi redakan hati ni.
    Tapi kalau ia perlu rahsia, habag mai la ia rahsia dulu, bagi sejuk sikit hati ni...

    Salam.

    BalasPadam
  40. Zambry bukan MB perak yang paling singkat.. sebab dari mula lagi dia ni MB haram... Di ni Pirate of Pangkor... Sure SUK dah kecut teloq dah... Apa macam Camry yang nak lelong tu...???

    BalasPadam
  41. ALLAHUAKBAR

    BalasPadam
  42. Nizar akan menjadi legenda di perak...

    BalasPadam
  43. Jebat Musibat5/11/2009 5:14 PTG

    dia bagi menang kejap je tuh.
    nanti jadi Pilhanraya seluruh perak.
    korang bleh tgk la kemungkinan Najib main keji ngan SPR. Tiba2 BN jadi menang banyak.

    korang nak kata apa?
    So jaga2 la.. jangan ingat 'bersih' sangat .

    sambil tuh.. sama2lah kita doakan Hakim yang mengumumkan keputusan tuh.. supaya dia berada dalam keadaan selamat dan tidak di apa-apakan sekiranya dia benar-benar berani dan ikhlas.

    Amin..

    BalasPadam
  44. mana mb haram tu nak letak muka,pengkianat kat suk tu boleh la berambus

    BalasPadam
  45. alhamdullillah..syukur pada Allah SWT.takbir

    BalasPadam
  46. Sebenarnya depa tu terlibat masa nak menjatuhkan dan bila out of control, depa pun tahu dan terlibat untuk naikkan balik. actually 0-0. nak cover....

    BalasPadam
  47. Kemenangan utk PR yg terlalu manis utk dikenang. Menjadi sejarah setelah bertungkus lumus mempertahankan hak rakyat yg mengundi PR. Tahniah dan terus bekerja majukan Perak.

    BalasPadam
  48. sekarang tibalah masa untuk yg sah mengembalikan yg hak, yg palsu berundur diri secara gentleman.. menerima keputusan yg sebenarnya sudah lama diketahui oleh rakyat..

    BalasPadam
  49. SALAM. SYUKUR ALHAMDULILLAH. TAKBIR

    BalasPadam
  50. 7iryukyiiuk

    BalasPadam
  51. perjuangan ir nizar betul2 berjiwa rakyat..
    menentang kegala kebathilan berjuang pada yg hak..
    akhirnya kebangkitan rakyat beroleh kemenangan

    BalasPadam
  52. Tahniah Dato Seri Nizar. Teruskan usaha murni YB menegakkan kebenaran dan keadilan.

    BalasPadam
  53. Tahniah Dato Seri Nizar. Teruskan kehebatan anda.

    BalasPadam
  54. Allah selalu bersama dengan orang benar..."Sesungguh ALLAH membenci orang benci melakukan kerosakkan di atas muka bumi" Kita adalah ciptaan NYA(ALLAH)bukan kita yang mencipta NYA..Allah sahaja boleh mengubahkan hati - hati makluk (manusia). Hati perlu cuci dengan zikir bukan perasaan hasad dan dengki

    BalasPadam
  55. Salam,
    Dapat maklumat, staff bangunan SUK Perak diarahkan meninggalkan pejabat sebelum 5.30 ptg, polis dan fru dah menguasai kawasan bangunan SUK.Betul ke ?

    BalasPadam
  56. Boleh lah DS Nizar claim gaji tertunggak 2 bulan.


    srwkian

    BalasPadam
  57. Tahniah DS Nizar..
    kebenaran tetap berpihak pada yg benar.
    kemenangan utk rakyat..
    selamatjalankan tugas kembali,
    jangan lupa claim gaji 2 bulan yg tertunggak.

    BalasPadam
  58. Kita kena rujuk perkara ni kat JAKIM ke HDC
    Nak buat lagu mana pasai Orang HARAM & Orang HALAL
    So kita mintak HDC Keluarkan Sijil HALAL untuk D.Sri Ir Nizar
    dan keluarkan sijil HARAMJADAH buat KUDETA tuu....

    Nak tegelak pon dah tak tergelak lagi dah, terguling guling sakan aku kali ni, ada ka MB Haram, first in the WORLD perkara ni terjadi.

    Yang HALAL tetap HALAL
    Yang HARAM tetap HARAMJADAH

    BalasPadam
  59. zambry..zambry..3 bulan tuan dok makan duit gaji haram. Pastu pandai pulak nak lelong camry tapi akhirnya bukan camry tapi zambry sendiri dan geng 606 dia plak nak kena lelong...sesunguhnya yang haram tu berdosa disentuh...HARAM

    BalasPadam