10 Jun 2009

MANIK URAI JGN TERURAI

Alhamdulillah 3 hari saya bercuti di Kelantan berbagai perkara dapat saya simpulkan tentang negeri ini kerana saya bukan berasal di sini seperti YB. Pertamanya dakyah yang selama ini dikatakan Kelantan jauh ketinggalan dengan negeri lain adalah tidak benar sama sekali. Jalan jem, bukan kerana jalan rosak ataupun ada kemalangan tetapi orang ramai yang teramat sangat hingga mengalami kesesakan teruk terutama di Rantau Panjang, Kota Bharu, Ketereh,Machang dan Pasir Mas.

Pelik juga bila si lompat dari Pasir Mas dok kata benda yang buruk mengenai Pas. Hotel semua penuh. Rumah penginapanpun sama. Pasar Besar Siti Khadijah jem dengan orang yang cari parking,yang membeli belah dan bermacam2 gaya manusia. Kalau negeri Kelantanni xmaju sedarlah BN, orang takkan berpusu2 kesini. Teringat saya ada seorang kawan yang merupakan penyokong kuat BN ni mengambil cuti rehat 2 hari dan bila cuba menghubunginya tak dapat2. Rupa2nya dalam diam beliau dan famli bercuti di Kelantan. Agaknya dia dah tahu kot nak pangkah apa sekarang?

MANIK URAI. Sampai juga saya disini walau terpaksa menghadapi kesesakan jalan yang teruk saya sampai juga ke daerah ini. Bila masuk saja kawasann ini hatini mula berdetik Insyaalah Pas boleh mempertahankan Dun Manik Urai. Justeru, sayapun mengambil gambar2 di situ dan mulalah menemuramah penduduk di situ. Rupa2nya perang saraf sudah dimulakan oleh Bn.Padanlah mereka dok menoreh getah dengan orang kampung.

Mereka dah mula menjalankan propaganda terutama isu Perak. Mereka kata YB Nizar menggadai banyak tanah kepada orang cina dan isu sembah derhakapun dah mula dimainkan. Nampakya Pak Teh Grik kena turun Manik Uraila begitu juga Mb Nizar dan segala pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan isu sebenarnya agar bagi mereka yang dok tengok tv media kerajaan ini tidak terus tertipu dengan dakyah yang tidak benar.

Bergerak sekarang, jangan sebab bendera Pas penuh, Pas yakin mempertahankan Manik Urai. Saya takut Manik Urai akan terurai tetapi saya yakin orang2 Kelantan ni bijak dalam menilai yang mana intan yang mana kaca yang mana emas yang mana permata...khususnya di Manik Urai...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

13 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Tanpa Nama berkata...

INSYAALLAH PAS AKAN MENANG DI MANIK URAI

Tanpa Nama berkata...

walaupun orang kelantan bijak memilih pas mesti bekerja keras untuk melawan arus aliran wang yang amat dahsyat daripada bn, maklumlah disini majoriti orang-orang berbangsa melayu yang ternyata dimana-mana pun mereka mudah tertipu dan mudah termakan budi ... !!!

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

BUAK SAING2 KAWE DI KELATE TERUTAMA DUN MANIK URAI,,PILIH LAH YG TERBAIK ANTARA TERBAIK BAGI MENJAMIN KEDAULATAN ISLAM TERUS SUBUR DI BUMI SERAMBI MEKAH DIBAWAH KERAJAAN ISLAM TOK GURU DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT,,

AMBO TOK SEE NAK GHOYAK BANYOK PADO ORGHE KELATE,,BAIK BULAN DACING ATAU LAMBANG APE SEKALIPUN,,DEMO KENO TAHU APO YG DEMO KENO BUAT MASA PANGKAH NANTI

TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

MOGA2 ALLAH BERKATI PERJUANGAN ORGHE KELATE

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sepantun ambo nak jual....Nyior gading puncak mahligai.Anyam ketupat berisi inti.Hancur daging tulang berkecai.InsyaALlah menang di Manik Urai. YB,tolong jawab buat sireh semangat! Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Salam,Ambo ni salah sorang pengundi muda DUN MANIK URAI kami anak2 muda akan memberi undi kepada PAS dan tidak sekali-kali menggadaikan maruah kepada UBN..saya dan kawan2 yg berada di ibukota akan pulang lebih awal utk membantu jentera p'raya PAS..DUN MANIK URAI-anak jati KG PERIA yg berjaya-

serupasekala berkata...

WAHAI TOKGURU DAN PRESIDEN KITA
SELESAI MASAALAH YANG SEDIA ADA
SEBELUM PILIHANYRAYA MENJELANG TIBA.
KALAU TIDAK PENING PENGUNDI KITA.

MASAALAH SEDANG MEREBAK MERATA
DIMANA MANA ORANG BERKATA
DIKEDAI KOPI SETIAP SUDUT PUN ADA
MENJADI TOPIK CERAMAH LAWAN KITA

KALAU NAK MENANG DIMANIK URAI SANA
SELESAI SEGERA ISU YANG ADA
KOT DIKATA UMNO PAS KERAJAAN YANG SAMA
NANTI SUSAH NAK PILIH YANG MANA.

DIKELANTAN SENSITIF ORANGNYA
KOT PERPECAH DUA PENYOKONG PARTI EMPUNYA
TOK GURU KEKAL PENGARUH DISANA SELAMANYA
TUAN PRESIDEN AKAN DICEMOH DAN DI HINA.

AHLI BIASA PAS.

ore xjadi kelate berkata...

org kelate bijok2 tu sebab pas perintah doh lebih 2o tahun

Tanpa Nama berkata...

harap tuan presiden parti m'mikir semasak2nya cadangan utk k'jaan perpaduan..
jgn kerna nila setitik rosak susu sebelangga,,

Tanpa Nama berkata...

Lawatan ke kelantan kerana harga yang murah hasil seludup tepung, gula , beras dari siam.

Keadaan semua penginapan penuh berlaku dimana-mana ana ke Langkawi pun penuh juga. Tahun lepas ana ke Melaka penuh juga. Harap fakta dan semangat perjuangan jangan di putarbelitkan.

Tanpa Nama berkata...

buat tanpa nama berkata 10.53pm, bila dikata fakta dan semangat perjuangan jangan diputarbelitkan serta kata kat kelantan brg murah hasil seludup, saya rasa anda yg xfhm! org suka dtg kelantan sebab disana dibwh pimpinan pas. nak kata brg seluduptu kat mana2pun ada. saya di sarawakpun rokok murahwoi. tentang melaka penuh org, jgn nak kelentong dgn org melakani woi..penuhtuye tapi xla sepenuh kelantan..LU FIKIRLA SENDIRI

AdminCM berkata...

biarlah bulan sentiasa mengambang di Kelantan..agar penduduknya tidak sesat dalam kegelapan..amin


p/s: sedih tengok anak-anak muda melayu selamba tonggang arak depan kawasan-kawasan shopping complex di KL tanpa pedulikan orang sekeliling

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUAPEMBACA BLOGGER....
HARAPAN KEPADA SEMUA...DOAKANLAH SEMOGA PAS DAPAT MEMERINTAH LAGI DI DUN MANEK URAI...TAKBIR!!!!!