23 Jun 2009

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.


Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya polimek kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Berita Asal Malaysiakini/ dengan sedikit edit.

5 ulasan:

kaydir berkata...

Pahni jangang ade sape2 yg ngade2 nok pndai2 buat sndiri2...takat nok komeng dlm blog cmni kire ok aahh,dok ape agi...ke guane ustaz okkk..okkk.. Buat Nasha..ini adalah cabaran/pengajaran bg anda. Jika anda benar/bijak dlm apa2 hal kami tetap myokong anda. Takbir..Allahu akbar.

Tanpa Nama berkata...

BAguslah tu..lepas ni boleh sume turun kat manek urai...kita hadapi musuh utama UMNO/BN. Dalam paper hari ni depa dok salahkan PAS lak.... adake depa kata PAS tunduk pada PKR & DAP.. pada hal ahli jemaah PAS sendiri yg tak setuju UG.. buat Ustaz NASHA jgnlah dok intai - intai lagi kat sebelah sana.... jangan pandai2 lagi nak ulas-ulas kalau wartawan tanya...

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Salam....
YB.... Kalau boleh apa-apa berita, jangan copy paste terus je dari Malaysiakini.Cuba Ustaz tengok kenyataan media Tok Guru Nik Aziz yg Malaysiakini tulis tu betul-betul dan bandingkan dengan video kenyataan Tok Guru Nik Aziz betul-betul.Tok Guru Nik Aziz kata "Polemik Kerajaan Perpaduan" bukan "idea Kerajaan Perpaduan".Malaysiakini ni pun nak ambil berita dia kena check betul-betul.Kerap saya tengok, selain ada berita yg betul, kdg2 ada sikit dia ubah sebab dekat situ ungkin diorang rasa ada cara boleh "tembak" lagi. Sebab tu kalau nak ambil berita Malaysiakini jangan 100%.Sebarang maklumat mesti ada tapisan.

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Apa pun.... Saya sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, semuanya dah selesai.Saya pun dah sujud syukur kerana hati saya dah kembali tenang dengan tiadanya salah faham antara pimpinan PAS lagi....

member pencen keramat berkata...

Bersyukur semuanya sudah selesai,