23 Jun 2009

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun : - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.


Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya. Harakahdaily/

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

habis dah ceritaaa lama.. buka cerita lain pulakkk...

zizi3131 berkata...

Harap pemimpin PAS yang warwarkan kerajaan perpaduan minta maaf secara terbuka pada semua ahli PAS , dan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

alangkah malang pemimpin Pas tewas dalam mempertahankan perkara yang dituntut didalam islam. ternyata pemimpin Pas lebih takut perpecahan sesama pakatan daripada perpecahan sesama umat islam. ternyata emosi serta sifat pedendam masih bergelumang didalam diri pemimpin Pas.

Tanpa Nama berkata...

takbir!!!!
UMNO da sampai kena barah tahap ke empat..paling kronik...

Lockon Stratos berkata...

yg komen ke3 tu..baik hg jgn mai komen sini..buat malu la..otak letak kt lutut tu..d

yes berkata...

Tanpa nama 1.51

Adalagi mulut celupar penulis pro UMNO dalam blog ini.

Siapa yang malang? Najib yang merisik Pas yang sudah bertunang ? Sudahlah tu penyokong UMNO jangan nak timbulkan cerita yang bersangkut paut dengan PAS lagi.

Kemana perginya NASA ? Menghilangkan diri di masa semua ini berlaku. Bila TGHH hilang tak lama dulu sekurang kurangnya kita tahu dia di London. Nasa lenyap tanpa berita.

zizah berkata...

umno ni dah nak lemas dah, dah mula melalut, nak pecah belahkan pr konon, lawak tahap gaban tullah. zizi1313, takkan hang pun bodo tahap gaban macam umno jugak kot... ni la akibat baca paper utusan menipu n berita hairan n tengok tv3suku

dedak berkata...

setle kan dulu kes memali,baru kita bertegur sapa ye umno ye...babai umno...

Tanpa Nama berkata...

Hoi tanpa nama 1:51,
Sebenarnya pemimpin PAS bukannya takut dengan perpecahan pakatan, tapi lebih takut kehilangan sokongan majoriti rakyat yang menyokongnya. Saya sendiri takut UMNO akan terus memerintah dan menzalimi rakyat. Cuma ramai lagi orang Melayu yang masih belum sedar dan masih sokong UMNO parti perkauman karat tu.

kangkalikong berkata...

takde lagi talian hayat.senjata ampuh bagi ameno sekarang mainkan isu politik perkauman,hati2 PR..

john berkata...

komen yg ke 3 tu otak sekular!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, sedar pun pimpinan PAS pasal isu perpaduan ni. Biar la UMNO kata macam2. Yang pasti, UMNO tak mungkin boleh ikut cara PAS. (Boleh ke tahan tak makan komisen?)

PAS, tolong tunjukkan cara orang beriman mentadbir negara. Takbir!!!

Ariffin - Ipoh berkata...

Pihak Perakan Perak mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kenyataan yang telah menjernihkan suasana ini. Semoga semua kembali melihat realiti yang berlaku di Perak sebelum mengeluar kenyataan kerajaan perpaduan. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Ya Ikhwani,

Kita perlu menghormati Us Nasaruddin.dia adalah pemimpin kita.

Ya Ikhwani.
Adakah kita masih belum memahami konsep berjamaah.Lantang berbicara mengkritik kepimpina n secara keras.Tunggu balasannya...

Ya Ikhwani,
Pempimpin berhak memberi pndangan selaku dia pempimpin..Ijtihad pemimpin adalah lebijh baik dari kita...

Ya ikhwani...

Janganlah kita menyusahkan pimpinan kita..kerana kita berjuang bukan kerana parti semata2 tetapi ingin mengakkan daulah Islamiah...

selamat nasihat menasiahati...

david ahmad muniandy berkata...

Sampai bila-bila pun umno adalah musuh ketat PR tiada berbaik semula lagi sehingga akhir penghujungnya. Kecuali guna duit rakyat membeli orang PR supaya lompat parti.

kangkalikong berkata...

dey,aku benci betol dengan istilah penyatuan melayu sebab takde pun sebut penyatuan umat islam,apa darjat melayu tu lebih tinggi dari darjat islam.kalo sebut pun 'demi penyatuan islam dan melayu'.Cheh,ada jugak penyatuan melayu..kalo tak sebut melayu tarak boley ka??em,kalo lah umno pk penyatuan melayu,kenapa sekrang baru terhegeh2,kenapa tak dulu lagi??da lemah baru nak terhegeh2,bila tak setuju,mulalah nak cakap penyatuan islam,penyatuan melayu.why?!lagi satu komen yang ke3 tu lagi terhegeh2,muka tak malu tembok besar cina mula komen yg mengarut2.penyatuan islam melayu da jadi umpan besar umno.kalo sekali org tak percaya,1000kali org tak caya dah.kalo da org tamau,bak kata nabil..Lu pikir la sendiri!!

dfario berkata...

Taraf org munafik tu adalah lebih rendah drp taraf org kafir. Org kafir yg menentang Islam, kita perlu tentang. Org kafir yg tak kenal Islam & tak menentang Islam, kita wajib dakwah (kena berbaik utk berdakwah). Org munafik yg menentang Islam, takkan nak bekerjasama pulak? Kalau dah asas pegangan pun ikut sekular yg jelas bertentangan dgn Islam, Munafik le tu namanya.

Org munafik dulu2 pun solat jugak. Hidup mcm org Islam. Dlm masa yg sama, buat gerakan nak hancurkan Islam. Nabi mmg tak kasi kita berbaik dgn golongan seperti ini. Cuba tgk Umno, ada tak ciri2 munafik. Ko org study le sendiri...