26 Julai 2009

Kes lilin: PAS Selangor minta jangan kelirukan masyarakat

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - PAS Selangor menggesa mana-mana pihak agar tidak cuba mengelirukan masyarakat berhubung isu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menyalakan lilin sebaliknya terus berusaha meningkatkan martabat keadilan dan ketelusan di negara ini yang semakin tercemar selepas insiden kematian Teoh Beng Hock.

Setiasusaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan bahawa acara menyalakan lilin bukanlah termasuk di dalam ibadat mahupun pemujaan agama, sebaliknya merupakan adat kaum Cina serta penzahiran simbolik bantahan terhadap SPRM.

Jelas Khairuddin, PAS Selangor memahami bahawa tindakan Mohammad Nizar adalah sebagai menyatakan simpati dan protes terhadap kematian msiteri Beng Hock semasa berada dalam tahanan SPRM.

Beliau menegaskan PAS Selangor menghormati dan meraikan budaya bangsa lain termasuk menyalakan lilin sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, isu Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyalakan lilin menimbulkan reaksi pelbagai pihak apabila Menteri Besar Perak, Dato' Zambry Abdul Kader meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa tentang tindakan Nizar itu.

HarakahDaily.Net

1 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

saya setuju dengan saranan PAS selangor jangan mengelirukan masyarakat.

Macam mana jangan mengelirukan masyarakat, sedangkan ianya sudah jadi keliru mengelirukan.

sarana supaya zakat diberi kepada orang kafir,disebut oleh Anwar Ibrahim dan zakat orang kafir yang disebut oleh menteri besar Selangor.

Kertua dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ustaz Harun Taib kata tidak boleh mengikut hadis nabi, tapi Nik Aziz Nik Mat Menteri besar kelantan kata "tak apa".

Inilah yang menbuat masyarakat keliru lagi mengelirukan.

Betul Umat Islam itu terbahagi kepada 73 puak. Tak kan dalam PAS pun terbahagi banyak puak.

Kalau dalam UMNO tidak mustahil dan jelas puaknya macam puak yang ikut ayah Pin.

Dalam UMNO riba dan rasuah pun halal. mengapa saya kata begitu?

mengapa tidak? kerana orang UMNO yang menjalankan perniagaan pernah kata kalau tidak makan riba tak berniagalah kita.

Demikian juga rasuah. kalau tak beri rasuah tak dapat projeklah kita.

Kita tidak hairan apabila orang UMNO berkata demikian. yang kita bimbang orang PAS pun kelihatan macam hendak ikut jejak langkah orang UMNO.

mengapa saya kata begitu. Nik Aziz Nik Mat kata boleh,manakal ketua Dewan Ulamak, Harun Taib kata tak boleh dengan hujah Hadis.

Adakah hadis yang dipakai oleh harun taib itu daif. Tidak boleh pakai. Atau apa yang dikatakan oleh Datuk Nik Aziz itu bersandarkan hadis dan Quran.

Saranan supaya jangan mengelirukan masyarakat yang dibuat oleh PAS selangor itu tidak rasional langsung.

Kita juga bimbang apabila sampai pada politik jadi macam UMNO politik suku agama suku. Dalam Parti keadilan memang begitu.

Kita harap PAS janganlah begitu, kerana dasarnya Al Quran dan hadis. Tak kan hendak tinggal Quran dan hadis apabila bekerjasama dengan orang kafir. Mana dia konsep dakwahnya.