03 Ogos 2009

Demo Anti-ISA & 1 Malaysia

Oleh : hamdy

Bila 1 Malaysia...
Desak bebaskan tahanan ISA
Desak mansuhkan ISA
Desak tutup Kem Kamunting

Rakyat didahulukan dengan...
Tangkapan pejuangnya
Gas pemedih mata
Air berasid
Belantan dan perisainya

Oleh itu, pencapaian.. .
Jumlah tahanan
Ketakutan rakyat jelata
Kerakusan politik pemerintah
Diutamakan

Sebagai rakyat Malaysia
Baru ku tahu ertinya
1 Malaysia
Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

3 ulasan:

  1. Bila 1 Malaysia...
    Di laungkan dlm akhbar dan berita
    Desak bebaskan tahanan ISA
    mereka mmemekakkan telinga
    Desak mansuhkan ISA
    Mereka kata kita AKAN mengkaji nya
    Desak tutup Kem Kamunting
    Mereka ada lain lain hal yg.lebe penting
    Rakyat didahulukan dengan...
    ayat ayat yg.penoh selogan
    Tangkapan pejuangnya
    Bagi mengekang kemaraan nya
    Gas pemedih mata
    yang menyesakan nafas ,memedihkan mata siapa yg.terhidu dan terkena
    Air berasid
    terpaksa mengelak berlari mcm pelesit
    Belantan dan perisainya
    orang kampong tak heran dgn nya
    Oleh itu, pencapaian.. .
    Rakyat menilai dgn penoh kebencian
    Jumlah tahanan
    Perlu di bebaskan.
    Ketakutan rakyat jelata
    tidak tergugat dgn.nya
    Kerakusan politik pemerintah
    Menunggu masa akan rebah
    Diutamakan
    Yg.akan di kafankan

    Sebagai rakyat Malaysia
    Mari bersatu tak kira apa Bangsa
    Baru ku tahu ertinya
    Perjuangan sebenarnya
    1 Malaysia
    Hidup harmoni di bandar dan di desa
    Rakyat didahulukan
    Mendaulatkan undang undang dan peraturan.
    Pencapaian diutamakan
    Pembangunan smue Negeri di seratakan

    BalasPadam
  2. Napa kau orang suka sangat langgar undang-undang?, dah kena tangkap salahkan gomen plak.. isk... kalau setakat pemain import kau bawak ke Kolumpo tu tak yah nak tunjuk hebatlah... rakyat dok perati beb

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...
    aku sokong rakyat juga....
    klau demo sampai menyusahkan rakyat apa ke hal nya tu?

    BalasPadam