13 Ogos 2009

Nik Aziz : Orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyalahkan segelintir pemimpin DAP yang dikaitkan dengan menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dituduh oleh pihak tertentu menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.

6 ulasan:

anakjatiperak berkata...

umno hilang pertimbangan untuk dapat sokongan orang melayu. taktik ini semua orang tahu. dengan sebab musabab inilah umno akan hancur dan rebah seperti GOLKAR di indonesia. setiap kejadian yang berlaku akan Allah jadikan sebab dan musababnya. Inilah sebab musabab umno akan punah.

Tanpa Nama berkata...

ada siapa2 tahu x tuk guru ade blog ke laman web ke...blh britau kt cini..t.kaseh.

hafiz danish

Tanpa Nama berkata...

blog tok guru alamat dia http://blogtokguru.com/

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Nik Aziz boleh huru-harakan negara (Utusan Online 13/08/2009 4:49pm). Agak-agaknya, siapa yang ubah cuti umum di Johor dari hari Jumaat kepada hari Ahad. Ni tak kira lagi isu agama anak mualaf yang ditolak Majlis Raja-Raja baru-baru ni. Tak ke tu kerja UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

BARISAN NASIONAL ADALAH PENGKHIANAT BANGSA YANG SEBENAR....

Tanpa Nama berkata...

UMNO hanya memperjuangkan bangsa ( itu pun banyak untuk kepentingan diri )..nk bela / perjuangkan ISLAM ? jauh skali....buktinya, yg wajib untuk diri sendiri pun tak terlaksana lagi dikalangan menteri2 & isteri.