15 Ogos 2009

INGATAN :Program Santai bersama Bloggers PAS Perak petang ini

Di bawah kami sediakan peta untuk rakan bloggers PAS dari seluruh Perak dan yang tinggal di negeri-negeri berdekatan yang akan hadir ke program santai bersama bloggers anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dalam posting sebelum ini tidak menyediakan peta yang lengkap untuk ke lokasi sebenar PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK yang akan diadakan pada 15hb. Ogos ini (Sabtu). Program Tertutup yang diadakan itu hanya untuk bloggers yang memegang KEAHLIAN PAS sahaja. Aturcara bermula pada jam 3 petang hari tersebut telah disahkan akan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussin.

Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan ini sekali lagi menjemput semua bloggers PAS* untuk hadir ke pertemuan penting ini. Jemputan merujuk kepada Bloggers PAS* seperti di bawah :
  • Blogger yang bekerja dan bermastautin di negeri Perak,
  • Blogger yang berasal dari negeri Perak tapi bekerja di negeri lain,
  • Blogger yang ada laman blog atau website sendiri,
  • Ahli PAS berasal dari Perak yang mahu menjadi penulis blog.

4 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

marilah datang beramai2...

Tanpa Nama berkata...

kem haniffa ....sama nama bapa saya hehehe

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan ditubuh kelab bloggers PAS. Ahli mestilah ahli PAS. Mereka yang telah mahir dalam blogg boleh membimbing ahli membina blogg dan menjalankan aktiviti lain yang sesuai dengan perjuangan PAS.

azhar berkata...

salam...tuan...saya berminat...cuma masa ni ken melawat bonda...lain kali je...