08 September 2009

Bilakah sidang DUN akan dipanggil oleh speaker haram Ganesan.

Bercakap mengenai tarikh sidang sejak akhir-akhir ini samakin menarik dan jadi perhatian ramai pihak. Khususnya bagi penjawat awam di negeri Perak mereka semakin tertanya-tanya kepada sidang bajet yang membolehkan gaji mereka dibayar bagi tahun2010. Saya tidak terlepas dari dipertanyakan oleh mereka.

Persoalannya kami sentiasa bersedia untuk masuk bersidang tidak kira siapakah yang memanggil kami untuk bersidang. Kalau kami dihalang oleh pasukan keselamatan kami tetap mencuba untuk masuk, adalah mustahil dalam keadan pintu bangunan SUK terbuka luas kami tidak datang bersidang.

BN semacam memperlekehkan kami yang katanya beria-ia sangat untuk bersidang dikaitkan dengan tindakan Sivakumar memeanggil sidang pada 2 September lepas, lalu ada mencemuh dan mencabar dan ingin lihat adakah kami akan datang bila Ganesan memanggil sidang.

Panggillah dulu baru tahu jawapannya, tahulah apa yang akan kami lakukan kalau ganesen memanggil sidang. Yang pasti sidang akan berlaku dalam masa tersekat dan saya jangkakan Ganesan akan memanggil sidang pada 7 Nov akan datang.

4 ulasan:

ibn abbas berkata...

Kalau Ganesan yang panggil tidak wajar untuk ADUN PR sertai sidang DUN itu, kerana ia memberi impak seolah2 kita mengakui Ganesan sebagai Speaker.

ibn abbas berkata...

Kalau Ganesan yang panggil tidak wajar untuk ADUN PR sertai sidang DUN itu, kerana ia memberi impak seolah2 kita mengakui Ganesan sebagai Speaker.

Tanpa Nama berkata...

tunggu lampu hijau dari monggolia dulu.. baru boleh panggil sidang dun..

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah malaysia, selagi itulah BN halal perintah walaupun tak bermesyuarat..........