11 September 2009

Hukum telan kahak ketika puasa, berbekam dan derma darah

http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Banyak ditimbulkan berkenaan dengan kahak dalam shoutbox. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

DEFINASI

Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA

Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:

Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

DALIL

Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

PENDAPAT KEDUA

Menelan kahak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

KESIMPULAN

Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).


Hukum mengeluarkan darah ketika berpuasa (berbekam atau derma darah dll)

MUKADDIMAH

Timbul perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum mengeluarkan darah dari tubuh orang yang berpuasa. Polemik ini timbul kerana ada hadis yang meunjukkan batalnya orang yang berbekam dan ada hadis yang menunjukkan sebaliknya. Hukum yang disebut dalam hadis adalah berbekam. Ia boleh disamakan dengan mana2 keadaan mengeluarkan darah seperti orang yang menderma darah mereka. Oleh itu para ulama membahaskan tentang hukum berbekam.

KHILAF PARA ULAMA

Ulama berselisih berkenaan dengan hukum berbekam. Mereka terbahagi dua pendapat:-

Pendapat pertama: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ishak, Ibnu Munzir, kebanyakan Fuqaha hadis dan Ibnu Taymiyah.

Dalilnya:

Nabi saw bersabda:

أفطر الحاجم والمحجوم

"orang yang membekam orang dan orang yang berbekam batal puasanya." (Hr Tirmizi - sahih)

Pendapat kedua: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Kebanyakan ulama dahulu dan kini, termasuklah mazhab Syafie.

Dalilnya:

احتجم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو صائم


" Rasulullah saw berbekam dalam keadaan berpuasa." (Hr Bukhari, Abu Daud dan lain2 - sahih)

Ulama pendapat kedua mengatakan hadis ini memansuhkan hadis yang mengatakan orang yang berbekam terbatal puasanya. Ini kerana berdasarkan hadis berikut:

1. Hadis riwayat Abi Said al-Khudri:

رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم للصائم في الحجامة

"Rasulullah saw mengizinkan kepada orang berpuasa untuk berbekam." (DaruQutni - beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)

Ibnu Hazm berkata:

Perkataan "tarkhis" (رخص) menunjukkan hanya berlaku selepas tegahan. Oleh itu hadis ini memansuhkan hadis yang membatalkan puasa orang yang berbekam.

2. Hadis riwayat Anas bin Malik ra, beliau menceritakan:

"Mula2 kami dilarang berbekam ketika puasa ialah ketika baginda saw lalu berhampiran Ja'far bin Abu Talib yang sedang berbekam. Nabi saw bersabda "Kedua orang ini batal puasanya." Kemudian Nabi saw telah membenarkan berbekam kepada orang yang berpuasa." (Hr DaruQutni - beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)

KESIMPULAN: PENDAPAT KEDUA LEBIH KUAT.

Oleh itu berbekam (cupping), menderma darah (blood tranfusion) dan perkara yang melibatkan mengeluarkan darah yang lain adalah tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Muftiratus Siam al-Muasirah oleh Dr Ahmad Muhammad khalil.

Posted by akhisalman

4 ulasan:

nOoRoLe berkata...

kalau cabut gg, tampal gg, scaling gg camna plk?
ms cabut tu kan kita kena inject ubat tahan skt dulu. mcm mn ye?

Awanama berkata...

...tunggu lepas raya baru cabut gigi.

Awanama berkata...

TUNGGU DEEPAVALI PUN BOLEYYY....

armouris berkata...

banyak info kesihatan tentang puasa kat sini - Info Puasa @ Info-Kesihatan-Anda