10 September 2009

Makkal Sakhti kini sokong Zambry, segera bubarkan DUN Perak

Satu Laporan kononnya lebih 50 orang penyokong Makkal Sakthi mahu Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perbuatan yang menimbulkan kekacauan dan keadaan huru-hara kerana situasi itu amat menyusahkan kehidupan rakyat di negeri itu. Angka lebih 50 nampak sangat sebagai berita yang tidak pasti berapa jumlah sebenar.

Wakil kumpulan penyokong itu L.S Mahindran berkata sekiranya Pakatan Rakyat mahu berbuat demikian, mereka perlu menunggu tempoh tiga tahun lagi iaitu ketika pilihan raya umum ke-13 kelak,katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebenarnya tidak perlu menunggu 3 tahun seperti didakwa perlu ditunggu oleh Pakatan Rakyat. Sepatutnya kumpulan tersebut memberi jaminan kepada BN Perak bahawa sudah ada 5 juta rakyat perak (walaupun jumlah rakyat perak cuma 2.4 juta saja) sudah menyokong mereka dan bersedia untuk memilih BN sekiranya dibubarkan DUN Perak.

Saya masih belum dapat mengesahkan kumpulan manakah yang sebenarnya mereka itu. kalaulah benar mereka adalah penyokong Makkal Sakti bukankah mereka sudah mendaftar diri sebagai sebuah parti yang sah yang menunggu pengesahan dari ROS?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak tegur DSAi sewaktu beliau mahu merampas kuasa BN selepas pilihanraya umum lepas? Slogan 16 Sept? Kenapa bila ditempelak dengan tindakan sendiri seperti senjata makan tuan maka aanda semua mengelupur?

Ahmad Putra berkata...

Tanpa Nama? DSAI bukan nak rampas kuasa, apabila mendapat bilangan cukup, DSAI cuma nak bubarkan parlimen. Itu yang saya dgr dari beliau.

Jgn fitnah bulan2 puasa ni.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn pendapat di atas. walaupun dalam Islam dibenarkan melompat daripada satu perkara buruk ke perkara baik, tapi ni soal politik, bukan libatkan diri wakil rakyat saja, tapi melibatkan pengundi yang pilih wakil tu. kalau wakil tu percaya parti yg dia wakili teruk, lbh elok letak jwtan, baru lompat perti yg lbh baik, bertanding semula dgn parti baru. cara tu lbh baik. TGNA pun tak setuju wakil lompat2 parti ni. Kita beriya2 nak ajak org lompat parti, tapi sekarang pihak lawan yang kenakan kita semula dgn cara yg kita rancang. Kita kata wakil PR yg lompat parti tu ekji, tp kita pun apa kurangnya jika buat perkara yg sama. Wallahua'lam

Unknown berkata...

bila la DSAI ni nak kotakan janji...

Tanpa Nama berkata...

tunggu PRU13, tumbangkan BN dan UMNO yang reput....

zizi berkata...

hai...ramai sungguh puak ameno upahan kat blog yb nie... glamerla katakan.

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak berani bubar DUN macam MB Kedah.....

Tanpa Nama berkata...

Akhbar sinar 9/9/09, MB kedah akan bubar DUN jika ramai ADUN jadi calon bebas.....