11 September 2009

Najib cipta aqidah baru untuk Umno - Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.

Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.

Kata beliau 'aqidah Umno' yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.

"Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.

ImageNik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu.

"Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya.

Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga.

Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar.

"Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah 'aqidah Umno'," ujarnya.

Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini.

HarakahDaily.Net/-


3 ulasan:

zen_P-69 berkata...

'aqidah Umno' TU MUNGKIN NAK TUKAR NAMA "ISLAM HADHARI" LA KOT....
DAH BERAPA BULAN NAJIB JADI PM......? BUAT MASA NI, AKU TAK PERNAH NAMPAK LG BELIAU MENJADI IMAM SOLAT DI MANA-MANA MASJID DI NEGARA INI. HARAP-HARAP ESOK LUSA BOLEH LA TV3 ATAU MANA-MANA STESEN TV SIARKAN NAJIB JADI IMAM SECARA LIVE ATAU BUKAN LIVE...

Awanama berkata...

bubar UMNO masuk PAS....

Awanama berkata...

Masuk PAS dapat ape?...tengok kawan2 aku dalam UMNO di JOHOR, tengah kongsi kekayaan...habis tanah2 kuarters kerajaan di JB sedang dibangunkan (dengan rakus) dengan perumahan mewah untuk menyingkirkan secara halus orang2 melayu dari menjadi penghuni Bandaraya 1Malaysia yang depa cipta...hahaha...

Rakyat seperti biasa, takde suara...kesiannya!
Hendak ku nangis, tiada berair mata...