11 September 2009

Tarian Pendet : Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing


Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali (gambar).

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-Bernama

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemikiran rakyat indonesia bagai katak di bawah tempurung..x bertamadun

Tanpa Nama berkata...

mana menteri perlancongan ngan menteri hal ehwal???
takkan nak tgu ada rakyat malaysia jadi mangsa baru nak ambil tindakan?
tuka ajer la iklan lain...
susah ker???

Unknown berkata...

JGN BG BANTUAN LG BUAT MASA NI.

minda bistari berkata...

Malas nak ulas perkara ini sebab ia ISU yang bukan isu. Lebih baik bincang perkara lain.

Orang yang bergaduh hanya kerana sesuatu sebab yang sebenarnya bukan isu merupakan orang yang tiada haluan hidup.

2Sen berkata...

Kita just keep our cool. Kita yg bersekolah jangan jadi macam mereka yang tak pergi sekolah.

ps - kesian pun ada.. :(

cahaya malam berkata...

salam..
telah menjadi dasar malaysia..
dah terantuk,baru mnyesal x sudah..
rakyat kite diancam..
pemimpin kita mana pergi?
sibuk kira duit raye ker?

Allah..
berilah petunjuk.

wassalam,.

Tanpa Nama berkata...

pasal tarian pun nak gaduh... kecik punya hal..

Tanpa Nama berkata...

tengok TV demo yang dijalankan tanpa permit dan tanpa FRU, aman tiada kacau bilau pun.....

Tanpa Nama berkata...

hantaq balik 3 juta warga indon balik negara depa

anakjatiperak berkata...

kerana tarian tu nak gaduh2.Kalau mati kerana tarian tu...kot apa jenis mati yer? Rais Yatim tolong beri pendapat sat.

farid ramli berkata...

Kenyataan Ringkas

Keadaan rakyat Malaysia disini adalah sihat dan selamat buat masa ini. Tiada yang perlu dirisaukan. Namun kami cuba untuk menyeru pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia agar tidak ke tempat terbuka secara kerap. Terutama tempat tumpuan umum.

Kami berharap, pihak keluarga dan masyarakat Malaysia di Tanah air tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat provokasi. Ini tiada masalah dengan tarian kebudayaan, keseniaan dan lain-lain, tapi ini adalah melibatkan keselamatan rakyat Malaysia di sini. Anda mengeluarkan kenyataan diluar, bahananya, kami disini yang kena. Jadi tolonglah fahami. Bersikaplah proaktif, bukan reaktif.

Berkaitan kes 'sweeping' (pengusiran) baru-baru ini, pihak pemerintah Indonesia telahpun tampil membantah. Oleh itu, kita berharap ianya tidak berlaku lagi.

Sekian
Terima Kasih

Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli
Jakarta, Indonesia

ai ti men sraphl berkata...

disini kita lihat lagi kelemahan kerajaan pentadbiran barisan nasional & ketiadaan kewibawaan Dato Najib sebagai pemimpin. bukan nak tuduh menuduh tapi cube kita fikirkan beberapa persoalan iaitu bagaimana kementerian yang terlibat dengan pelancongan atau yang berkaitan dengan promosi pelancongan boleh serah bulat2 kepada syarikat pengiklanan? ade berita kata Discovery channel yang buat iklan tu, ade yg kata syarikat di singapura yang buat iklan tu ntah mne satu betol ana x tau yang pastinya kedua-dua pembuat iklan tu bukan dari Malaysia atau syarikat MeLAYU, islam langsung x dapek le den nak kato.. lepastu x de ke sesi semak iklan tu seblm ditayangkan? Begitu mudah orang nak memfitnah atau melaga-lagakan kita?? Silap siapa? kita lihat pemimpin BN x habis-habis nak merampas negeri2 di tadbir oleh PR jangan sampai Malaysia tergadai sudah laa... bak kata pepatah MeLAYU "yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat" Harap kita dapat fikirkan bersama ...

ai ti men sraphl berkata...

disini kita lihat lagi kelemahan kerajaan pentadbiran barisan nasional & ketiadaan kewibawaan Dato Najib sebagai pemimpin. bukan nak tuduh menuduh tapi cube kita fikirkan beberapa persoalan iaitu bagaimana kementerian yang terlibat dengan pelancongan atau yang berkaitan dengan promosi pelancongan boleh serah bulat2 kepada syarikat pengiklanan? ade berita kata Discovery channel yang buat iklan tu, ade yg kata syarikat di singapura yang buat iklan tu ntah mne satu betol ana x tau yang pastinya kedua-dua pembuat iklan tu bukan dari Malaysia atau syarikat MeLAYU, syarikat islam langsung x dapek le den nak kato.. lepastu x de ke sesi semak iklan tu seblm ditayangkan? Begitu mudah orang nak memfitnah atau melaga-lagakan kita?? Silap siapa? kita lihat pemimpin BN x habis-habis nak merampas negeri2 di tadbir oleh PR jangan sampai Malaysia tergadai sudah laa... bak kata pepatah MeLAYU "yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat" Harap kita dapat fikirkan bersama ...

Tanpa Nama berkata...

APELAH KO NIE..BILA ADA MASALAH JE KAU SALAHKAN KERAJAAN...gILA LAH LU NIE...X BERSYUKUR HIDUP KAT NEGARA NIE SLAMA NIE AMAN DAMAI..yANG BUAT KECOH RAKYAT INDON..PATUT KAU BAGI IDEA MCM MANE NK SOLVE...BUKAN KUTUK...KO NIE MCM LA BGUS SGT..NAK JADI PEMIMPIN KE??LULUSAN MANE?ADA PHD?SEMBAHYANG CUKUP?KALAU KUTUK JE THU,BLK KG TANAM JAGUNG LA BRADER..

BKPITI berkata...

mana pergi pak menteri penerangan... pak menteri kebudayaan dan pak menteri... untuk campur tangan. Dah ada yg terbujur nanti baru nak buat ulasan.. Memang patut pihak sana marah pada kita sebab kita dah lupa asal usul kita.. Ramai dari kita, nenek moyang kita berasal dari sana.. napa nak marah2. kita marah samalah kita marah pada keturunan nenek moyang kita juga... hehehe..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kebanyakan org indon ni bodoh dan tuli kalau diaorg pandai tentu tak pergi kerja kat tempat org sampai keja cara haram.cnthnya arab saudi dan lain lain negara lagi.tarian pendet tu buat apa kita nk ambil buat semak aja.
lagipun kerajaan ubn ni semua dia nk curi dari rakyat sendiri sampai budaya negara org dia nak.