11 September 2009

Saman RM218 juta terhadap Umno ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman berjumlah RM218 juta oleh sebuah syarikat terhadap Umno.

Hakim Anantham Kasinater, yang membuat keputusan itu dalam kamar, berkata permohonan oleh Elegant Advisory Sdn Bhd itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam writ samannya, syarikat itu berkata ia telah membekalkan kepada Umno barangan pilihan raya dan penerbitan selain menyediakan pengangkutan bagi pilihan raya umum ke11 pada 2004.

Katanya ia telah mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi Umno gagal menjelaskannya.

Umno diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala peguam Ahmad Tarmizi Abdullah mewakili Elegant Advisory. BERNAMA

5 ulasan:

Businessman berkata...

Berhati-hatilah bila berurusan dalam perniagaan... Lain kali, minta payment 60% dulu sebelum hantar semua barangan... Kalau tak dapat payment 60%, baik jangan berurusan ngan mereka... Naya jer...

Tanpa Nama berkata...

satu judgement yg kurang tepat pada sy klu nak diikutkan contract act, kontrak bukan shj bertulis tetapi perbuatan juga boleh dikira sebagai kontrak dlm perjanjian.

Tanpa Nama berkata...

yahudi gan beeand sama je,tak boleh buat perjanjian.ingat tu.......

Tanpa Nama berkata...

macam keputusan DUN perak juga, dah tahu keputusan, kalau libatkan UMNO/BN..

Tanpa Nama berkata...

nama pon (BEEND) bagai lebah isap madu madu dah abis sepah bersepah