16 Oktober 2009

Ganesan Berbohong, Hilang kelayakan jadi Speaker.

ADUN lain yang hadir Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), YB. Ng Kor Ming (Pantai Remis), YB Muhammad Zainuddin (Lubuk Merbau), YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol), YB Lim Phek Her (Menglembu) dan tiada dalam gambar YB. Chen Fok Chai.

IPOH : Ganesan yang mengistiharkan diri sebagai Speaker dewan didapati bercakap bohong dan beliau dengan ini kehilangan kelayakan menjadi Speaker mengikut perlembagaan Negeri Perak, demikian kenyataan rasmi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds.Muhammad Nizar Jamaluddin disini sebentar tadi.

Mengikut kenyataan rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 24hb Ogos, 09 setiausaha badan prof itu,George Varughese mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah beliau untuk melucutkan status peguam pada 17hb Ogos iaitu satu tarikh diluar tempoh 3 bulan yang ditetap oleh undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

Ganesan melakukan pembohongan yang besar bila mengaku sebagai Speaker, dia khianat dan menderhaka kepada Sultan. Kerana melanggar mengikut peruntukan perkara 36 A (5)Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession beliau pada atau sebelum 7hb Ogos, 2009.

Ds. Nizar menunjukkan surat panggilan sidang yang sah oleh Speaker V.Sivakumar.

Ds. Nizar juga memohon ditangguh mengadakan sidang pada 28hb Oktober kerana membawa kesan dan krisis yang lebih rumit kepada Negeri Perak.

Peguamcara yang mewakili Sivakumar telah membuat pencarian rasmi rekod mendapati ia masih aktif sebagai peguamcara pada 11hb Ogos.



Laporan penuh kenyataan media akan menyusul......

7 ulasan:

Pak Oncu berkata...

YB ,,,,,,,,, the best way ialah buek solat hayat tiap tiap malam, sultan TIDAK akan bersama PR ,!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hidup pakatan Rakyat!!

Usah jemu menegakkan yang hak dan terus bersemangat! Ramai penyokong di belakangmu.. Usah ghiso..

Tanpa Nama berkata...

biar deme haru biru.memang deme tu biruuu,biar Sultan tidak bersama kite tetapi ingatlah Allah bersama dengan orang yang benarrr.Takbirr

Tanpa Nama berkata...

sultan yang adil, sultan disanjung.sultan yg haprak cam ni harus ditantang.SAMA-SAMA KITA KITA PERJUANGKAN PEMBUBARAN DUN PERAK

hafizzuddin berkata...

BN tiada pilihan lg, DUN Perak tetap kan dibubar, bersedialah kita semua untuk bertempur....

PAPA GOMO berkata...

salam....emmm apa logiknya nak tangguh sidang???

Rizwan berkata...

buang masa ja... go fly kite ler...