21 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA : Adakah pembohongan Najib boleh dipercayai dengan nilai RM 10 ?

Perdana menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak kembali ke Perak dengan pelancaran 1Malaysia dengan jumlah belanja yang sangat besar. Buat sementara waktu saya meminjam jumlah yang disiarkan oleh berita arus perdana dengan kebadiran 50,000 orang dalam majlsi tersebut, berarti 1/2 juta telah dibelanjakan.

1Perak sudah maklum dan mengetahui bahawa kehadiran mereka dengan makan dan bas percuna serta RM 10 seorang. nasib baik bukannya Rm 1 sahaja sesuai dengan pelancaran 1Malaysia itu. Kalau tidak kosonglah bas dan stadium Perak. Mungkin air liur ada sedikit meleleh kerana sekeping wang berwarna merah, sepuluh ringgit, sepuluh ringgit lah. Inilah mentaliti rakyat yang terus dikerah dengan apa cara demi untuk meramaikan majlis BN.

Alhamdulillah semasa Pakatan Rakyat memegang teraju pemerintahan di Perak budaya lapok dan politik lama itu telah ditinggalkan, seingat saya sebanyak 2 kali penyokong Pakatan Rakyat dikumpulkan di Stadium Perak, alhmadulillah mereka bukannya disogok dengan duit tapi mereka malah menyumbang sehingga hampir subuh wang dikira oleh unit amal.

Maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan pada hari ini :-

1. Saya sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan PM 1Malaysia bahawa kehadiran kami ke sidang DUN pada 28 okt ini adalah untuk membuat kacau.

2.Sebaliknya saya ingin tegaskan bahawa BN lah yang membuat kacau dengan "memperkudakan" Ganesan untuk mengadakan sidang yang tidak sah. Tindakan tidak bertamaddun itu adalah datang dari BN dan menambahkan lagi siri perlanggaran undang-undang oleh BN.

3. Sebenarnya yang menimbulkan kekecohan sidang pada 7 Mei lepas adalah "samseng" upahan yang dibawa dari luar dan menceroboh masuk ke dalam dewan yang mulia demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tindakan penceroboh mengangkat keluar Speaker yang sah, V. Sivakumar adalah tindakan yang melanggar undang-undang dan mencabol kesucian DUN Perak.

4. Dengan ini saya mencabar Najib supaya dengan segera memberi laluan kepada rakyat Perak untuk memilih semula dengan pembubaran DUN Perak. Ini penting demi kebaikan rakyat sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan".

Sekian, terima kasih.

KENYATAAN MEDIA/ 20 okt 2009.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan PR Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

11 ulasan:

keyman berkata...

Jangan harap............

mata2 berkata...

18 oktober 2009, Satu Malaysia punya wang bertabur di Stadium Perak. Paling bernilai harga diri yang hadir RM50. paling haprak RM10. Paling untung taukeh tender caterer meehun, satu pek RM10. Ambil tender 1000 pek....wow kaya dalam sekelip mata....

korok najib berkata...

malang bg rakyat 1 mesia dpt pemimpin pembohong; kesian rakyat perak rela dibeli dgn nilai RM10...ish ish ish nak jadi hapa nih..?

xxJJJxx berkata...

weiii..korok najib..jgn kata kat rakyat perak noooo.bukan semua rakyat perak bernilai RM10.. teman tak henginnn dgn duit 1 Malaysia tu...

Tanpa Nama berkata...

Baru jap tadi aku sembang dgn budak dari kg tersusun batu gajah...dekat kg hamidah osman... punyale kalut depa nak penuhkan bas budak tu cerita dia baru balik kerja petang tu.. ada org tahan dia dan ajak pergi ke stadium perak bas percuma dan duit rm10.00. Aku bangga jugak dgn remaja ni.. tak telior teman dgn umpan rm10.00..remaja tu kata buang masa je tengok najib & zambry ... aku tak tau pun dalam pada remaja ni tak kisah hal politik tapi dia tau apa yg najib dan umno/bn buat tu tak betul dan cuba bodoh2kan rakyat.... heboh orang perak sekarang ni..umno/bn rasuah rm10 penuhkan stadium malam tu.... yang pegi orang tua2 saluran 1 .. yg masih ingat najib ti macam bapak dia tun razak... jauh api dari ayam golek...

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia, penipu dan pembohong

Tanpa Nama berkata...

menipu adalah prinsip asas 1 MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita duit berkepuk bersusun diserah pada pihak2 berkenaan. Sebungkus nasi sudah berharga dua kali ganda. Dalam masa yang sama dengar cerita nya guru sandaran ditiadakan kerana tak ada peruntukan. Sementelah guru ganti. Sekolah kena bayar sendiri kalau mahu cikgu. Tahniah dan t.kasih orng B.Pinang yg pangkah Isa. Kalian menaikkan lagi tocang UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

setuju...sampai sekolah saya kena guna duit PIBG nak bayar duit guru ganti...sedih betul.Paling haru makmal komputer tahun 2002 masih berfungsi RAM 64MB...nak bagi tip top budget takde...nak harapkan PIBG juga...kalau kaya tak pe la...kalau luar bandar macam sekolah saya ni...cikgu kreatif sendiri je la..

Tanpa Nama berkata...

1Malaysia

Rakyat didungukan..(bukan aku la)
Kroni diutamakan

Tanpa Nama berkata...

pengundi saluran 1 lah yang lebih beretika daripada pengundi muda yang mudah terpesong akidahnya.